in , ,

Khasiat Daun Pandan Untuk Kesihatan dan Kegunaan Lain

khasiat daun pandan

Khasiat Daun Pandan – Kebanyakan rumah-rumah di kampung mesti ada pokok pandan. Kegunaannya sangat banyak terutama untuk memasak. Antara masakan yang menggunakan daun pandan adalah membuat nasi lemak, sesetengah kuih muih, minuman seperti cendol, sirap dan sebagainya lagi.

Jadi yang menanam kira beruntunglah sebab tak perlu bersusah payah untuk membelinya jika nk guna.

khasiat pandan
Daun pandan bukan semata-mata digunakan untuk masakan sahaja

Khasiat Daun Pandan

Selain digunakan untuk masakan, menurut Kama Rul Zaman, daun pandan juga berguna untuk kesihatan. Banyak juga khasiat daun pandan sebenarnya. Nak tahu apa khasiatnya? Teruskan membaca.

1. Jika diamalkan meminum air rebusannya, ia berkhasiat untuk:

  • Menurunkan tekanan darah tinggi.
  • Merawat masalah lemah Saraf.
  • Buang angin dalam badan. Amalkan meminum air rebusannya.
  • Boleh matikan kuman dalam darah.
  • Meringankan sakit kepala.
  • Mengatasi masalah sembelit.
  • Menyembuhkan insomnia.
  • Mencantikkan kulit dan awet muda.
khasiat air rebusan pandan
Air rebusan pandan banyak khasiatnya

2. Bagi ibu yang berpantang, amalkan air rebusannya selama 40 hari untuk mengecutkan peranakan.

3. Selain itu, daun pandan digunakan untuk:

  • Melembutkan daging.
  • Mewangikan masakan.
  • Menghilangkan bau busuk dalam peti ais dan kereta.
  • Elakkan makanan cepat basi. Masukkan daun pandan dalam masakan anda.
  • Letakkan di tempat binatang mati seperti tikus, ular dan sebagainya. Ia akan menghilangkan bau.

Baca – Khasiat Daun Sirih Untuk Rabun Mata

Banyak khasiat dia rupanya. Bukan susah pun nak disediakn. Hanya rebus, atau letakkan je di tempat yang perlu dan tak perlu dicampurkan dengan bahan-bahan lain.

Semoga bermanfaat.

Written by Admin

Saya orang biasa yang ada perlindungan takaful dan insurans. Suka travel seperti orang lain. Pernah naik flight untuk travel seperti Air Asia, Malindo, Malaysia Airlines dan Fire Fly. Nak cuba juga naik Scoot, Singapore Airlines, Qantas, Thai Airways, British dan sebagainya namun belum ada rezeki. Selain nasi sebagai makanan utama suka juga makan KFC, Mc Donalds dan sesekali Burger Kings. Minat bermain forex tapi tak pandai. Mempunyai akaun simpanan seperti Maybank, CIMB Bank, Hong Leong Bank dan AmBank tetapi duit belum tentu ada. Membeli belah dengan kemudahan kad debit. Tak pernah cuba kad kredit atau lain-lain kad.

Lelaki Rosakkan Peralatan Hotel Ditahan

Lelaki Rosakkan Peralatan Hotel Ditahan, Disyaki Ada Masalah Mental

nuzul quran

Bukan Sekadar Cuti Umum, Nuzul Quran Satu Peristiwa Penting Turunnya Al-Quran