PENGENALAN
Pokok kapal terbang merupakan tumbuhan yang tergolong dalam kumpulan rumpai. Ia juga dikenali sebagai pokok jerman, pokok jepun dan rumpai siam.Tumbuhan ini berasal dari Hindi Timur, Amerika Tengah dan Amerika Selatan.

Daunnya ada mengeluarkan bau. Daun dan bunganya sangat berguna. Dari sudut perubatan tradisional melayu ia boleh dijadikan bahan untuk melakukan beberapa jenis rawatan seperti yang disenaraikan di bawah ini.
KHASIAT
1. Merawat luka.
Daun kapal terbang boleh merawat luka. Caranya ialah dengan menghancurkan daunnya (upar dengan kedua tapak tangan) dan ditampal pada bahagian yang luka itu.
2. Merawat Kembung Perut.
Daun kapalterbang juga sangat mujarab untuk meredakan kembung perut dan cirit birit pada bayi dan kanak-kanak. Caranya adalah dengan mencampurkan sedikit kapur bersama beberapa helai daun kapal terbang. Upar sehingga hancur dan mengeluarkan buih. Buih ini kemudiannya disapu pada perut bayi dan dibarut.
3. Merawat Kencing Manis
Daun kapal terbang juga boleh digunakan untuk merawat kencing manis. Caranya seperti yang diceritakan dalam facebook Petua Cantik Dan Sihat adalah dengan merendam 3 helai daun dalam segelas air panas selama 3 jam. Kemudian diminum sekali sehari. Insyaallah bacaan gula dalam darah akan turun dari 17.9 ke 7 dalam masa 3 hari jika diamalkan.

4. Merawat Gatal-Gatal Pada Kulit.
Daun kapal terbang juga boleh digunakan untuk merawat gatal-gatal pada kulit. Caranya adalah dengan megisar atau mengupar daunnya dengan kedua-dua tapak tangan anda. Kemudian sapukan pada bahagian kulit yang gatal.
5. Untuk Kegunaan Wanita Selepas Bersalin
Daun kapal terbang juga boleh digunakan untuk ibu-ibu yang lepas bersalin. Mereka boleh menggunakan daun ini semasa bertungku dengan cara melapik batu tungku.
6. Herba Untuk Mandian
Khasiat daun kapal terbang ini juga sehingga boleh digunakan untuk membuat herba mandian atau herba mandi wap.
LAIN-LAIN KEGUNAAN
Selain digunakan untuk perubatan, daun kapal terbang juga boleh digunakan untuk memeram buah-buahan seperti pisang, cempedak, nangka dan ciku.
NOTA: Terdapat info yang mengatakan bahawa tumbuhan ini beracun dan boleh menyebabkan kerosakan hati terutamanya kepada kanak-kanak. Ia hanya boleh digunakan untuk luaran sahaja.
Walau bagaimanapun, bagi rawatan untuk kencing manis, ianya hendaklah diminum air rendaman daun kapal terbang. Jika anda merasa was-was sila abaikan kaedah rawatan tersebut dengan mencari alternatif lain.
Sumber: Petua Whatta