in

King Pun Bingung Kena Tampar Dengan Farid Kamil

Ridzuan Hashim, Siapa tidak kenal kan? Dia ni kira Otai dalam bidang lakonan. Dia juga masih binggung mengapa dirinya ditampar oleh Datuk Farid Kamil.

Kejadian berlaku sewaktu dia keluar dari bilik air semasa menjalani sebuah penggambaran di studio milik Soffi Jikan pada lewat malam Khamis lalu.

Ridzuan yang terkenal dengan watak King menerusi filem KL Gangster memberitahu kejadian berlaku ketika dia berada di set penggambaran drama terbaharunya, ‘Uniknya Cinta’ arahan Shuhaimi Lua sekitar pukul 1.30 pagi.

“Saya pada waktu itu sedang memakai stokin dan tiba-tiba dia masuk ke dalam bilik pakaian serta meminta sehelai baju.

Ridzuan Hashim @ King juga ditampar
King juga bingung kenapa ditampar. © Kosmo

“Apabila saya beritahu semua pakaian di situ milik pelakon, dia dengan tidak semena-mena menampar pipi kiri saya sehingga merah,” katanya kepada Kosmo.

Tambah pelakon KL Gangster itu lagi, dia menjerit kepada Farid dan bertanya mengapa dia ditampar.

“Saya jerit ‘Oii!! kenapa kau tampar aku? dan Farid terus berlari keluar dan tingalkan keretanya di set penggambaran,”jelasnya lagi.

Bagaimanapun Ridzuan memaklumkan bahawa dia sudah memaafkan perbuatan Farid dan tidak berdendam dengan pelakon tersebut.

Pada Khamis lalu, Farid telah menampar seorang anggota polis dan dua orang awam sewaktu berada di Balai Polis Trafik Kota Damansara. Dia kini direman empat hari untuk siasatan lanjut.

Sumber: Kosmo

Semasa Manusia Sakit, Allah Kirimkan 4 Malaikat Mendatangi Manusia. Nak Tahu Sebab, Sila Baca.

Ustaz Murtadha

Jenazah Ustaz Murtadha Selamat Dikebumikan. Rancangan Beliau Untuk Membina Masjid Darul Murtadha Akan Diteruskan