in ,

Kisah Kucing Setia Menunggu Tuannya Yang Meninggal Kembali

kisah kucing setia menuggu tuannya

Apabila disebut tentang haiwan yang setia, sudah tentu ramai yang akan katakan bahawa anjing adalah haiwan yang paling setia dan cenderung untuk melindungi tuannya. Berbeza pula dengan kucing yang lebih gemar menundukkan tuan. Namun kali ini dikongsikan kisah kucing setia yang menunggu tuannya yang telah meninggal kembali kepadanya.

Sebenarnya kucing juga merupakan haiwan yang setia. Kucing memiliki personaliti yang unik di mana ia menyayangi tuannya tetapi selalunya enggan untuk mematuhi arahan tuan. Pakar haiwan berpendapat salah satu tips untuk membuatkan kucing setia pada anda adalah anda terlebih dahulu perlu memaparkan kesetiaan dan memenuhi segala keperluan mereka. Dalam erti kata lain, jika anda ‘membelai mereka, maka mereka juga akan membelai anda’. Nak tahu buat sekarang.

kucing setia
Selain anjing, kucing juga adalah hawan yang setia

KISAH KUCING SETIA MENUNGGU TUANNYA KEMBALI

Itulah yang terjadi kepada seekor kucing terbiar yang sering berada di sebuah kawasan parkir bawah tanah dan ‘bermesra’ dengan orang yang lalu-lalang di kawasan itu. Menurut seorang wanita, dia sering melihat kelibat kucing itu berada di kawasan parkir berkenaan. Katanya, kucing ini sangat manja dan sering menggoyang-goyangkan ekornya setiap kali melihat wanita itu menghampiri.

KUCING PELIHARAAN
Tiada siapa ketahui tentang kesedihan haiwan ini

Namun tidak ramai yang tahu mengenai kisah sedih yang dilalui oleh kucing berkenaan. Dari luaran, kucing ini kelihatan gembira dan sering bermain dengan manusia. Tetapi tiada siapa pernah mengetahui siapakah pemilik asal kepada kucing yang comel ini.

Menurut sumber, kisah kucing setia ini bermula begini. Pada satu ketika dahulu kawasan parkir ini dijaga oleh seorang pekerja yang bertanggungjawab mengutip bayaran parkir. Bersama-sama dengan beliau adalah kucing ini yang setia menemani tuannya bekerja setiap hari tanpa rasa jemu. Apabila sistem parkir di kawasan itu telah ditukar kepada sistem automatik, pekerja itu terpaksa berhenti kerja.

HEWAN PELIHARAAN
Setia melayan sesiapa sahaja

Lebih menyedihkan lagi, pada suatu hari, pekerja itu telah terlibat dalam kemalangan sekali gus tidak sempat untuk mengucapkan selamat tinggal kepada kucing kesayangannya. Si kucing mulai berasa resah kerana sudah lama tidak bertemu dengan tuannya itu lantas terus pergi ke kawasan parkir berkenaan dengan harapan dapat bertemu dengan tuannya di situ.

Dikatakan juga bahawa anak kepada mendiang penjaga parkir itu pernah berusaha untuk membawa pulang kucing itu ke rumah mereka, namun kucing ini tetap akan keluar rumah dan datang ke kawasan parkir itu. Akhirnya, pihak syarikat mengambil keputusan untuk membiarkan kucing itu berkhidmat sebagai penjaga parkir yang baharu dengan bayaran gaji berbentuk makanan enak untuknya.

Kucing yang sangat comel

Sememangnya haiwan seperti kucing juga memiliki sifat penyayang dan setia yang sangat tinggi kepada tuan. Justeru itu, jadikan kisah kucing setia ini sebagai contoh dan janganlah kita sewenang-wenangnya membuat sesuka hati kepada haiwan-haiwan terbiar ini. Mungkin ada kisah mereka tersendiri. Wallahu a’lam.

Baca Juga – Jangan Bela Kucing Jika Menyusahkan Keluarga dan Jiran

Apa komen anda tentang kisah kucing setia ini? Sila LIKE dan SHARE jika anda suka. Jangan segan layari web kami di Suka Viral atau page kami.

Sumber: Nepalivibes

Written by Admin

Saya lelaki biasa yang ada perlindungan takaful dan insurans. Suka travel seperti orang lain. Pernah naik flight untuk travel seperti Air Asia, Malindo, Malaysia Airlines, Fire Fly, Scoot, Singapore Airlines, Qantas, Thai Airways, British dan sebagainya. Makan juga nasi, KFC, Mc Donalds, Burger Kings. Minat forex tapi tak pandai. Sikit duit dalam simpanan akaun di Maybank, CIMB Bank, Hong Leong Bank dan AmBank. Membeli belah dengan kemudahan AEON Cards.

siti khadijah

Pilunya Kisah Siti Khadijah Permata Hati Rasulullah

Kampung Baru Kuala Lumpur

Kampung Baru, Ambil Secara Paksa Adalah Jalan Terakhir