in

Kisah Polis Bantu Pencuri Roti Yang Tular

kisah polis membantu pecuri

Inilah adalah kisah pegawai polis bantu pencuri roti yang tiba-tiba menjadi tular kerana sifatnya yang terpuji membebaskan seorang hamba Allah yang mencuri roti gardenia kerana anaknya lapar.

POLIS BANTU PENCURI

Walaupun pihak TESCO (Pengawal Keselamatan) berkeras mahu menjadikan kes tersebut sebagai kes Polis, beliau tetap mempertahankan lelaki tersebut. Apa yang menyedihkan lelaki tersebut dalam kesusahan kerana dibuang kerja dan anaknya kelaparan sehingga mendorong beliau mencuri.

Pihak TESCO hanya akan melepaskan lelaki tersebut dengan syarat dibayar 10 kali ganda daripada nilai barangan yang dicur1. Apa yang mengejutkan pegawai Polis membantu pencuri tersebut membayar harga tersebut dan memberikan wang belanja untuk digunakan oleh lelaki tersebut.

polis membantu pencuri
Gambar Hiasan

APA KATA BELIAU

“Kalau nampak orang tengah susah, jangan ingat Allah tengah uji orang tu, sebaliknya Allah tengah uji kita”

Itulah kata-kata yang sepatutnya menjadi ingatan kepada setiap rakyat Malaysia.

Beliau adalah Sarjan Mejar Shahruddin. Ungkapannya itu menjadi bualan diseluruh pelusuk Malaysia apabila cerita beliau membantu ‘pencur1’ roti di TESCO menjadi tular.

Beliau pernah bertugas di Balai Polis Nibong Tebal, dan kini menghabiskan waktu pencennya di Masjid Taman Seri Tenggara Parit Buntar.

Berasal dari Parit Buntar, seorang yang berperwatakan serba sederhana dan tidak banyak cakap. Walaupun tidak banyak cakap, wakil pengawal keselamatan Tesco yang mahu mendakwa lelaki tadi, teruk juga ditazkirah oleh beliau. Kisah beliau yang tular ini sebenarnya langsung tidak pernah diceritakan kepada orang lain.

Walaupun dia berpangkat, namun hati nurani yang Allah kurniakan terhadapnya membuatkan ramai yang tersentuh.

Adakala kita perlu mengutamakan hal perikemanusiaan dalam hidup kita bukan terus menjadi penghukum tanpa usul periksa. Namun jangan jadikan perikemanusiaan kita sebagai jalan untuk orang lain terus mencuri.

Baca Juga – Dipenjara 3 Bulan Kerana Langgar Polis Trafik Yang Bertugas

Sumber: facebook

Written by Admin

Saya lelaki biasa yang ada perlindungan takaful dan insurans. Suka travel seperti orang lain. Pernah naik flight untuk travel seperti Air Asia, Malindo, Malaysia Airlines, Fire Fly, Scoot, Singapore Airlines, Qantas, Thai Airways, British dan sebagainya. Makan juga nasi, KFC, Mc Donalds, Burger Kings. Minat forex tapi tak pandai. Sikit duit dalam simpanan akaun di Maybank, CIMB Bank, Hong Leong Bank dan AmBank. Membeli belah dengan kemudahan AEON Cards.

Tanda malaikat izrail menjemput kita

Tanda-Tanda Malaikat Izrail Ingin Menjemput Kita Pulang

Solat Sunat Istikharah

Cara Mengerjakan Solat Sunat Istikharah