in ,

Pilunya Kisah Siti Khadijah Permata Hati Rasulullah

siti khadijah

Dua pertiga (2/3) wilayah Makkah pada masa itu adalah milik Siti Khadijah, yakni isteri pertama Rasulullah SAW. Khadijah adalah wanita bangsawan yang menyandang kemuliaan dan dilimpahi dengan harta kekayaan. Namun ketika wafat, sehelai kafan pun tidak dimiliki. Bahkan baju yang dipakainya di saat ia dijemput pulang adalah pakaian lusuh dengan 83 tampalan.

Khadijah Memang Wanita Istimewa

“Fatimah puteriku, aku yakin ajalku akan tiba,” bisik Siti Khadijah kepada Fatimah sesaat menjelang ajal. “Yang kutakutkan adalah siksa kubur. Tolong mintakan kepada ayahandamu, agar beliau memberikan serbannya yang biasa digunakan ketika menerima wahyu untuk dijadikan kain kafanku. Aku malu dan takut untuk memintanya sendiri”.

Mendengar itu Rasulullah berkata, “Wahai Khadijah, Allah mengirim salam kepadamu, dan telah dipersiapkan tempatmu di surga”.

khadijah
2/3 Wilayah Mekah, pada satu ketika adalah milik Siti Khadijah

Siti Khadijah, digelar Ummul Mu’minin (ibu kaum mukminin), akhirnya menghembuskan nafas terakhirnya dipangkuan baginda Rasulullah SAW. Dipeluknya Siti Khadijah dengan perasaan pilu yang teramat sangat. Sehingga menitislah air mata mulia Rasulullah SAW dan semua orang yang ada di situ.

Dalam suasana seperti itu, Malaikat Jibril AS turun dari langit dengan mengucap salam dan membawa lima lembar kain kafan.

Selepas menjawab salam Jibril AS, Rasulullah SAW kemudian bertanya, “Untuk siapakah kain kafan itu, ya Jibril?”

“Kafan ini untuk Khadijah, untuk engkau ya Rasulullah, untuk Fatimah, Ali dan Hasan,” jawab Jibril yang tiba-tiba berhenti berkata, kemudian menangis.

Rasulullah bertanya, “Kenapa, ya Jibril?”

“Cucumu yang satu, Husain, tidak memiliki kafan dan tidak dimandikan” jawab Jibril.

Rasulullah berkata pada jasad Khadijah, “Wahai Khadijah isteriku sayang, demi Allah, aku tidak akan pernah mendapatkan isteri sepertimu. Pengabdianmu kepada Islam dan diriku sungguh luar biasa. Allah Maha mengetahui semua amalanmu. Semua hartamu kau hibahkan untuk Islam. Kaum muslimin pun turut menikmatinya. Semua pakaian kaum muslimin dan pakaianku ini juga darimu. Namun begitu, mengapa permohonan terakhirmu kepadaku hanyalah selembar serban!?”

Tersedu Rasulullah mengenang isterinya semasa hidup.

Seluruh harta kekayaannya dihibahkan untuk agama

Kisah Siti Khadijah

Dikisahkan, pada suatu hari ketika Rasulullah SAW pulang dari berdakwah, beliau masuk ke dalam rumah Siti Khadijah menyambut, dan hendak berdiri di depan pintu, Kemudian Rasulullah SAW bersabda, “Wahai Khadijah, tetaplah kamu di tempatmu”.

Pada ketika itu Khadijah sedang menyusu Fatimah yang masih bayi. Pada ketika itu seluruh kekayaan mereka telah tiada. Seringkali makanan pun tidak ada, sehingga ketika Fatimah menyusu, bukan air susu yang keluar dan masuk ke dalam mulut Fatimah r.a.

Kemudian Rasulullah SAW mengambil Fatimah daripada isterinya dan diletakkan di tempat tidur. Rasulullah yang kepenatan setelah balik dari berdakwah selain menghadapi segala caci-maki serta fitnah manusia itu berbaring di pangkuan Khadijah hingga tertidur.

Ketika itulah Khadijah membelai rambut Rasulullah dengan penuh kelembutan dan rasa sayang sehingga tidak terasa air matanya menitis di pipi Rasulullah hingga baginda terjaga.

“Wahai Khadijah, mengapa engkau menangis? Adakah engkau menyesal bersuamikan aku?” tanya Rasulullah dengan lembut.

Khadijah tidak pernah kesal menghabiskan hartanya untuk kepentingan agama

Dahulu engkau wanita bangsawan, engkau seorang yang mulia, seorang hartawan. Namun hari ini engkau telah dihina orang. Semua orang telah menjauhi dirimu. Seluruh kekayaanmu habis. Adakah engkau menyesal, wahai Khadijah, bersuamikan aku?” tanya Rasulullah tidak sampai hati melihat isterinya menangis.

Siti Khadijah menjawab, “Wahai suamiku, wahai Nabi Allah. Bukan itu yang aku tangiskan”, “Memang dahulu aku memiliki kemuliaan, Kemuliaan itu telah aku serahkan untuk Allah dan RasulNya. Dahulu aku adalah bangsawan, Kebangsawanan itu juga aku serahkan untuk Allah dan RasulNya. Dahulu aku memiliki harta kekayaan, Seluruh kekayaan itupun telah aku serahkan untuk Allah dan RasulNya”.

“Wahai Rasulullah, sekarang aku tidak ada apa-apa lagi. Tetapi engkau masih terus memperjuangkan agama ini. Wahai Rasulullah, sekiranya nanti aku tiada sedangkan perjuanganmu belum selesai, sekiranya engkau hendak menyeberangi sebuah lautan, sekiranya engkau hendak menyeberangi sungai namun engkau tidak memperoleh rakit atau pun jembatan, maka galilah lubang kuburku, ambillah tulang-belulangku, jadikanlah sebagai jambatan bagimu untuk menyeberangi sungai itu supaya engkau mampu bertemu dengan manusia dan meneruskan dakwahmu”.

“Ingatkan mereka tentang kebesaran Allah, Ingatkan mereka kepada yang hak, ajaklah mereka kepada Islam, wahai Rasulullah”.

Rasulullah nampak sedih. “Wahai Khadijahku sayang, kau meninggalkanku sendirian dalam perjuanganku. Siapa lagi yang akan membantuku?”

Gambar Hiasan

“Aku, ya Rasulullah!” sahut Ali bin Abi Thalib iaitu menantu Baginda. Di sisi jasad Siti Khadijah, Rasulullah SAW kemudian berdoa kepada Allah.

“Ya Allah, ya ILahi Rabbi, limpahkanlah rahmat-Mu kepada Khadijahku, yang selalu membantuku dalam menegakkan Islam, Mempercayaiku pada saat orang lain menentangku, Menyenangkanku pada saat orang lain menyusahkanku, Menenteramkanku pada saat orang lain membuatku gelisah”.

Mari kita juga berdoa:

Ya ALLAH! Muliakanlah orang yang membaca dan kongsikan artikel ini, Mudahkanlah kakinya untuk melangkah ke masjid, Lapangkanlah hatinya, Bahagiakanlah keluarganya, Luaskan rezekinya seluas lautan, Permudahkan segala urusannya, Kabulkan cita-citanya, Jauhkan dari segala Musibah, Jauhkan dari segala Penyakit, Fitnah, Buruk sangka, Keji, Bercakap kasar dan Mungkar dan dekatkanlah jodohnya.

Aamiin ya Rabbal’alamin

Saudaraku, sekarang ini anda mempunyai dua pilihan:

1. Membiarkan sedikit pengetahuan ini hanya selepas anda membaca disini, atau
2. Kongsikan pengetahuan ini kepada kawan-kawanmu, kenalan facebookmu dan lain-lain lagi.

Semoga ianya bermanfaat dan akan menjadi pahala bagimu. Aamiin.

Semoga mereka yang berkata Aamiin dijauhkan dari segala penyakit, diberi sehat wal’afiat, rezekinya melimpah ruah, dan keluarganya bahagia dan dimasukkan ke Syurga melalui mana-mana pintunya.

Barakallahu fiikum, Semoga benar-benar bermanfaat.

Sumber: UAS

Written by Admin

Saya lelaki biasa yang ada perlindungan takaful dan insurans. Suka travel seperti orang lain. Pernah naik flight untuk travel seperti Air Asia, Malindo, Malaysia Airlines, Fire Fly, Scoot, Singapore Airlines, Qantas, Thai Airways, British dan sebagainya. Makan juga nasi, KFC, Mc Donalds, Burger Kings. Minat forex tapi tak pandai. Sikit duit dalam simpanan akaun di Maybank, CIMB Bank, Hong Leong Bank dan AmBank. Membeli belah dengan kemudahan AEON Cards.

8 Surah Pemusnah Sel Kanser

8 Surah Pemusnah Sel Kanser Atau Barah Jika Diamalkan

kisah kucing setia menuggu tuannya

Kisah Kucing Setia Menunggu Tuannya Yang Meninggal Kembali