in , ,

KJ Tidak Bersetuju Hukuman Sebat Di Khalayak Ramai – “Banyak Lagi Cara Lain”

KJ Tak Setuju Hukuman Sebat Di Khalayak Ramai

Semalam, sepasang kekasih songsang disebat di Mahkamah Tinggi Syarie Terengganu gara-gara melakukan hubungan sejenis di dalam kereta pada April lalu di Dataran Arena Square, Dungun. Tertuduh yang ditangkap telah menerima sebatan sebanyak 6 kali dihadapan 100 orang termasuk ahli keluarga mereka.

hukum sebat
Ⓒ Metro

HUKUMAN sebatan tersebut membuktikan pihak berkuasa Negeri Terengganu serius melaksanakan undang-undang membendung amalan songsang itu di negara ini.

Pelaksanaan hukuman sebat oleh kerajaan negeri Terengganu itu menerima kecaman beberapa kumpulan aktivis wanita tempatan dan pertubuhan hak asasi manusia antarabangsa yang merasakan tindakan itu sebagai melanggar undang-undang dan ‘mengerikan’.

Tidak ketinggalan ada juga pemimpin politik yang kurag senang dengan hukuman yang dilaksanakan itu. Antaranya adalah Khairy Jamaluddin menerusi tweetnya kurang bersetuju dengan tindakan yang dikenakan dan menganggap sebatan di khayalak ramai itu tidak wajar.

Tweet Khairy berbunyi begini:

Banyak lagi cara untuk menangani isu L**T. Walaupun termaktub dalam undang-undang, tak wajar dilaksanakan sebatan di khalayak ramai. Islam teaches us to look after the dignity of every human being. And that mercy is preferable to punishment.

Khairy merasakan tindakan yang dikenakan itu boleh menjatuhkan maruah seseorang. Namun, pendapatnya itu juga dikritik oleh netizen.

Komen Netizen:

Bagi Menteri Besar Terengganu, Dr Ahmad Samsuri adalah bagaimana hukuman berkenaan boleh mendidik anak muda mengenai kesalahan amalan L**T yang bertentangan dengan agama islam itu sendiri sekali gus menangani penularan gejala itu yang semakin membimbangkan.

“Hubungan songsang ini perlu dibendung dan kita percaya hukuman sebatan ini menghantar mesej bahawa perbuatan yang tidak sesuai dan salah seperti ini (L**T) tidak wajar dilakukan,” katanya

Sumber: Tweeter

Hukuman Sebat Keatas Pesalah hubungan Songsang

Pasangan Songsang Disebat Di Terengganu

Petua Menghilangkan Batuk dan Selsema Pada Bayi

Petua Menghilangkan Batuk dan Selsema Pada Bayi & Kanak-Kanak