in , ,

KL ke Pulau Pinang 1 Jam Dengan Kereta Terbang

Kereta terbang malaysia
Gambar Sekadar Hiasan

Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof memberitahu, pihak swasta, para usahawan dan pembekal teknologi tinggi dalam perbincangan bagi memendekkan masa perjalanan dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang hanya selama sejam dengan kereta terbang.

Menerusi laporan oleh Sinar Harian, beliau berkata lagi prototaip kereta tersebut juga dijangka akan dilancarkan pada akhir tahun ini. Menurutnya lagi, kos tersebut akan ditanggung pihak swasta. Ia tidak melibatkan sebarang peruntukan daripada kerajaan.

Menteri Malaysia
Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof. Foto – Sinar Harian

Masa Perjalanan Kereta Terbang

“Sekarang kita pergi ke Pulau Pinang perlukan empat jam. Pihak swasta dan usahawan sedang berbincang dengan pembekal teknologi tinggi untuk membolehkan kita ke Pulau Pinang dalam masa sejam menggunakan kereta terbang.

“Ada perbincangan awal untuk memastikan perkara ini boleh direalisasikan dalam masa terdekat pada 2020,” katanya di Dewan Rakyat semalam.

Beliau menjawab soalan tambahan Khairy Jamaluddin AbuBakar (BN-Rembau) yang bertanyakan bilakah tarikh spesifik projek kereta terbang itu akan dilancarkan.

Gambar Hiasan

Sebelum ini Redzuan dilaporkan berkata, model prototaip kereta terbang pertama Malaysia yang dipacu teknologi tempatan akan didedahkan kepada orang ramai pada bulan ini dan projek tersebut tidak menggunakan sebarang dana kerajaan.

Redzuan menegaskan lagi bahawa industri mobiliti udara mampu menjana pertumbuhan ekonomi negara dan membangunkan perusahaan kecil dan sederhana.

“Projek kereta terbang ini akan mendorong pembangunan teknologi kecerdasan buatan (AI), data besar dan ‘Internet of Things’ yang sedang berkembang pesat di peringkat antarabangsa.

“Projek ini tidak melibatkan sebarang peruntukan kerajaan dan kerajaan tidak akan menanggung sebarang kerugian sekiranya projek ini tidak berjalan seperti yang dirancang,” katanya.

Nampaknya beliau serius dalam projek ini yang mana sebelum ini menjadi bahan ketawa ramai. Apapun kita tunggu dan lihat sejauh mana keberhasilan projek ini apabila ianya dilancarkan kelak.

Written by Admin

Saya lelaki biasa yang ada perlindungan takaful dan insurans. Suka travel seperti orang lain. Pernah naik flight untuk travel seperti Air Asia, Malindo, Malaysia Airlines, Fire Fly, Scoot, Singapore Airlines, Qantas, Thai Airways, British dan sebagainya. Makan juga nasi, KFC, Mc Donalds, Burger Kings. Minat forex tapi tak pandai. Sikit duit dalam simpanan akaun di Maybank, CIMB Bank, Hong Leong Bank dan AmBank. Membeli belah dengan kemudahan AEON Cards.

Amalan Untuk Selesa di Alam Kubur

3 Amalan Untuk Keselesaan Di Alam Kubur

bergaduh dengan pasangan

Sering Bermasalah Dengan Pasangan Walau Disebabkan Hal Kecik? Amalkan Tips Ini