in

Koetiaw Pad Thai

KOETIAW GORENG PAD THAI

BAHAN-BAHAN

Resepi Koetiaw Pad Thai
Bahan-bahan

Koetiaw (Rice Noodle)
5 ekor Udang
1 ketul Tauhu Goreng – dipotong dadu
2 biji Telur
1 tbsp Udang Kering – tumbuk
1 tbsp Lobak Asin – kisar
2 tbsp Serbuk Cili Kering
2 tbsp Kacang Tanah – tumbuk
1 biji Bawang Merah – cincang
2 biji Bawang Putih – cincang
daun Kuchai – potong
Taugeh
1 mangkuk Sos Pad Thai
2 senduk Minyak Masak
1 cawan Air

Nota:
1.  tbsp = tablespoon (sudu makan)
2.  Sukatan bahan diatas sedikit berbeza dengan sukatan di dalam video. Anda boleh mencuba sukatan anda.

CARA MEMASAK

1. Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bawang putih dan bawang merah hingga naik bau dan kekuningan.

2. Masukkan tauhu dan udang kering. Kacau seketika.

3. Masukkan lobak asin kacau seketika.

4. Masukkan udang. Kacau hingga udang kemerahan dan separuh masak.

Resipi koay teow pad thai Asingkan udang sebelum ianya terlalu masak

5. Masukkan koetiaw. Letakkan sedikit air jika perlu.

6. Masukkan sos pad thai dan kacau hingga sebati.

7. Angkat udang dan letakkan dalam bekas. Ianya bagi mengelakkan udang terlalu masak bagi mengekalkan rasa segar udang.

8. Tambah sos pad thai jika perlu dan kacau.

9. Apabila agak kering ketepikan koetiaw.

10. Pecah telur biarkan telur masak sedikit. Letakkan koetiaw atas telur dan biarkan seketika. Bila telur agak masak, kacau sebentar hingga telur agak hancur.

Resepi Koaytiaw Pad Thai
Letak koaytiaw di atas telur dan tunggu sebentar

11. Masukkan sedikit kacang tumbuk dan serbuk cili kering dan kacau hingga sebati. Biarkan sos pad thai kering sedikit.

12. Akhir sekali masukkan taugeh dan kuchai. Goreng atau kacau hingga hampir layu.

Pad Thai Noodles
Masukkan taugeh dan kuchai

13. Apabila siap, angkat dan masukkan dalam pinggan.

Traditional Pad Thai Noodle
Bersedia untuk dihidangkan

14. Hiaskan dengan kacang tanah tumbuk, serbuk cili kering, hirisan limau nipis.

Kuaytiaw Pad Thai
Hiasan pada koetiaw pad thai

15. Siap untuk dihidangkan.

16. Selamat Mencuba.

Lihat Video:

Suntikan Vitamin C Bahaya dan Tidak Dibenarkan Oleh KKM

Kambing Kecil Menjadi Penyelamat Di Akhirat

Kisah Kambing Kecil Jadi Penyelamat Di Akhirat