in

Gempak! Konsep Restoren Cari Jodoh Pertama Di Malaysia

Restoren Cari Jodoh

Restoren cari jodoh pertama kini di Malaysia. Selain laman web dan aplikasi mencari jodoh yang lain, kini ada cara lain yang lebih seronok untuk anda mengenali teman baru bagi mereka yang ingin mencari kawan atau pasangan iaitu dengan mengunjungi restoren yang dimaksudkan. Macam mana tu?

Ok. Biasanya ‘steamboat’ dimakan bersama-sama dengan keluarga atau kawan-kawan di restoren-restoren, namun sebuah restoran shabu-shabu telah dibuka di Johor. Restoren cari jodoh ini memberi peluang kepada mereka yang single menikmati hidangan seorang diri tanpa merasa janggal.

Photo – WOB

RESTOREN CARI JODOH

Apa yang lebih menarik ialah Restoran Happiness Mini Shabu-Shabu itu beroperasi dengan konsep ‘Mencari Jodoh’. Konsep yang diketengahkan ini membolehkan pelanggan yang makan berseorangan berpeluang untuk bertemu rakan baru.

Pelanggan akan menikmati hidangan ditempat atau meja yang mempunyai tirai kayu yang memisahkan mereka dengan meja yang berada di hadapan.

Tirai kayu berkenaan boleh dibuka dan ditutup oleh kedua-dua belah meja mengikut kehendak pelanggan jika mereka ingin bersemuka dengan orang yang tidak dikenali di hadapan mereka, dan mereka akan dapat berkenalan sambil makan bersama-sama.

Photo – Mothership.sg

Jika tidak berminat, pelanggan boleh menutup tirai dan makan sendirian tanpa perlu mengenali atau berbual dengan orang yang duduk di hadapan mereka.

Konsep restoran ini memang menarik bagi mereka yang ingin mencari kenalan. Ia berasal dari China dan restoren ini adalah yang pertama di Malaysia.

Kenapa mereka yang masih single dan kesunyian, bolehlah bertandang dan makan di restoren ini. Mana tahu jodoh anda di sini.

Photo – WOB

Ketika makan di restoren cari jodoh ini, jika orang yang berada di hadapan anda bukan citarasa anda, layan je sembang jangan buat muka pula. Jadikan ianya sebagai yang pertama dan terakhir jika anda tidak berkenan.

Baca juga – Tanda Jodoh Anda Serasi Atau Tidak

Sumber – HCL

Written by Admin

Saya lelaki biasa yang ada perlindungan takaful dan insurans. Suka travel seperti orang lain. Pernah naik flight untuk travel seperti Air Asia, Malindo, Malaysia Airlines, Fire Fly, Scoot, Singapore Airlines, Qantas, Thai Airways, British dan sebagainya. Makan juga nasi, KFC, Mc Donalds, Burger Kings. Minat forex tapi tak pandai. Sikit duit dalam simpanan akaun di Maybank, CIMB Bank, Hong Leong Bank dan AmBank. Membeli belah dengan kemudahan AEON Cards.

Kini Bersabahat

Tular Bergadvh Di Plaza Tol, Kini Mereka Bersahabat

7 Aktiviti Menarik di Teratak Toksu

Teratak Toksu, RM80 Semalam Dengan 7 Aktiviti Menarik