Kontraktor Mabuk Ke Semasa Memasang Papan Iklan Tu? Kecoh Papan Iklan Dipasang Terbalik Di Tepi Lebuhraya

Boleh gelak sampai pecah perut jadinya bila lalu di tepi lebuh raya, ternampak kali pertama papan iklan yang dipasang secara terbalik.

Perkara pertama yang terlintas di fikiran kita mestilah mengutuk pihak yang memasangnya. Itu sudah pasti.

Pada mulanya mungkin disangka ianya tidak disengajakan, mungkin pekerja tengah mabuk ketum kot ketika memasangnya.

Rupa-rupanya iklan terbalik tersebut turut dilihat di beberapa lebuh raya lain di Lembah Klang dan kini telah menjadi tular di laman-laman sosial.

Gambar-gambar papan iklan yang mempromosikan produk minuman tambahan untuk penjagaan dan kecantikan kulit supaya lebih putih itu menjadi tular selepas dimuat naik di Facebook.

Pelbagai reaksi diterima daripada netizen, yang kebanyakannya memuji kebijaksanaan tuan empunya iklan. Mereka juga mendakwa ianya adalah salah satu strategi pemasaran dalam melariskan produk.

Bila ada yang memuji tak kurang juga yang mengkritik kononnya merbahaya dan mungkin menyebabkan kemalangan kepada pemandu kerana leka melihatnya.

“Memang bijaklah siapa punya idea ni, sah-sah orang akan bagi perhatian pada benda pelik”

“Lawak betul, tapi teknik pemasaran yang sangat menjadi. Barulah berbaloi semua orang tengok, siap ambil gambar lagi”

“Aduh! Sakit kepala aku terpaksa teleng kepala nak tengok, bodoh betul. Bahayalah kalau macam ni”

Apapun Respek kepada orang yang melakukannya kerana ia mampu berfikir jauh dan mungkin tidak ada lagi di dalam dunia ini pemasangan papan tanda yang sebegitu.

Apa pun tidak dapat dinafikan ianya berjaya meraih perhatian ramai. Apa lagi agaknya perkara pelik pengusaha di Malaysia akan lakukan selepas ini?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *