in

Krim Marjerin Homemade, Sedap dan Mudah

Krim Marjerin Homemade

Jika kita bersarapan pagi dengan roti, biasanya kita akan sapukan kaya untuk dimakan seisi keluarga. Kadang-kadang kita belikan perasa strawberi dan kacang. Semua itu memerlukan modal yang agak tinggi dan mungkin anak-anak anda jemu.

Jika kita ke kedai, tentu anak-anak akan memilih roti yang berintikan krim kerana biasanya ia lebih sedap. Bermakna anak-anak anda sukakan krim dan anda perlulah mencuba untuk menyediakan sendiri.

krim
Mungkin keluarga anda mahukan kelainan daripada anda

Jadi marilah kita membuat sedikit pembaharuan untuk keluarga kita. Anak-anak tentu lebih suka begitu juga dengan encik suami. Melalui perkongsian dari Masni Normah Bahari mari kita cuba resepi ini.

Cara Membuat Krim Marjerin Sedap

Bahan-bahan:

1 cawan marjerin pelangi
1 cawan gula pasir dikisar
1/2 cawan susu cair
4 sudu makan susu pekat
Secubit garam
Perisa (Perisa apa yang anda suka)

krim homemade
Anda boleh menyediakan krim marjerin dalam pelbagai perisa

Perisa:

Perisa yang anda boleh buat adalah berbagai jenis seperti perisa coklat (warna koko), perisa pandan (warna hijau), perisa vanila (warna putih), perisa jagung (warna kuning), perisa strawberi (warna pink) dan lain-lain perisa.

Cara Menyediakan:

Campurkan semua bahan dia atas kecuali perisa.
Putar dengan mixer sehingga kembang dan menjadi putih gebu
Apabila sudah kembang, masukkan perisa yang anda pilih
Siap untuk disapu pada roti

resepi krim marjerin
Tentu sedap dan berselera jika disajikan dalam pelbagai warna

Penyimpanan:

Simpan saja di dalam peti ais.

Anda boleh juga buat krim untuk diletakkan pada kek. Rasanya memang sedap.

Selamat mencuba.

Resepi Lain: Kek Coklat Moist Kukus

Sumber: Masni Normah Bahari

Written by Nur Aida

Langgar Trafik sedang bertugas, kena 3 bulan

Langgar Polis Trafik Semasa Bertugas, Penuntut Kolej Kena 3 Bulan

Artis Tumbuk Pengawal Keselamatan Akan Direman Hari Ini