in

KWSP Beri RM250 Secara Percuma SSP1M Setiap Tahun Kepada Golongan Tiada Pendapatan Tetap

SSP1M (Sukaviral)

Bagi golongan yang berkerja sendiri sama ada berniaga ataupun tiada pendapatan tetap, sudah tentu pendapatan bulanan mereka tidak menentu. Kebanyakannya terpaksa membuat simpanan sendiri atau mencarum sebagai simpanan peribadi untuk masa depan.

Apabila Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) ingin memberikan RM250 secara percuma iaitu Skim Simpanan Persaraan 1Malaysia (SSP1M) untuk golongan ini, peluang ini harus direbut oleh mereka yang layak.

Apa itu Skim Simpanan Persaraan 1Malaysia?

Melalui lawan web KWSP, SSP1M adalah satu inisiatif kerajaan untuk memastikan semua golongan yang tiada pendapatan tetap atau yang bekerja sendiri mempunyai simpanan selepas mereka mencapai umur persaraan. Walau bagaimanapun, ia mempunyai syarat tertentu bagi melayakkan mereka untuk mendapatkan skim ini.

Definisi Tiada Pendapatan Tetap dan Bekerja Sendiri

Berikutnya adalah antara pihak yang tergolong dalam golongan bekerja sendiri dan tiada pendapatan tetap;

  • Peniaga kecil/ penjaja/ peniaga pasar malam/ peniaga uptown
  • Petani/ nelayan/ pemandu teksi
  • Baby-sitter
  • Ejen menerima komisyen seperti ejen insurans, ejen hartanah
  • Freelancer seperti menerima bayaran selepas memberi perkhidmatan sebagai deejay, penyanyi, pelakon, fitness instructor, perunding
  • Pemilik perniagaan atau pemilik tunggal atau rakan kongsi yang membeli dan menjual barangan atau perkhidmatan
  • Pemilik perniagaan dalam talian (online business)
  • Pemilik praktis sendiri seperti akauntan, doktor, peguam
  • Surirumah
  • Pekerja Berpencen
Skim Simpanan Persaraan 1 Malaysia mensasarkan golongan yang tiada berpendapatan tetap
Pencarum digalakkan mencarum mengikut kemampuan

Konsep atau kemudahan SSP1M ini adalah bertujuan untuk menggalakkan semua golongan yang tidak mempunyai pendapatan tetap dan mereka yang bekerja sendiri untuk mencarum secara sukarela mengikut kemampuan masing-masing.

Syarat-syarat Kelayakan SSP1M

1. Warganegara Malaysia
2. “Orang Yang Bekerja Sendiri” beerti mana-mana orang yang melakukan sesuatu pekerjaan yang mendatangkan hasil dan bukannya seorang pekerja.
3. Merupakan ahli KWSP; DAN
4. Telah membuat pilihan Skim Simpanan Persaraan 1Malaysia menggunakan Borang KWSP 16G(1M)

Anda Perlu Simpan RM1,667 Baru Layak Dapat RM250 Setahun Dari Kerajaan.

Melalui simpanan ini akan melayakkan anda menerima sumbangan Kerajaan sebanyak 15% dari amaun caruman tertakluk kepada jumlah maksimum sebanyak RM250 setahun (Kadar baru berkuatkuasa 1 Januari 2018). Sumbangan Kerajaan ini telah dilanjutkan sehingga 2022.

Anda hendaklah memastikan dalam akaun Skim Simpanan Persaraan 1Malaysia mempunyai jumlah sebanyak RM1,667 untuk melayakkan anda dapat maksimum RM250 setahun setiap tahun.

Sumbangan dari kerajaan untuk mereka yang berumur kurang dari 55 tahun
SSP1M disediakan untuk yang berkelayakan

Dua Cara Mudah Untuk Mencarum SSP1M

1. Muat turun Borang Permohonan Pilihan SKim Simpanan Persaraan 1Malaysia [KWSP 16G (1M)] yang boleh didapati di mana-mana Cawangan KWSP atau di laman web KWSP (www.kwsp.gov.my) dan isi borang berkenaan.

2. Isi Borang KWSP 6A(2) dan buat bayaran minima sebanyak RM50.

Memang sangat mudah untuk mencarum dalam SSP1M ini dan jika mahu lagi mudah, anda perlu masukkan terus RM1,667 kemudian tunggu selama setahun, dividen pasti dapat dan RM250 sudah tentu akan dapat.

Walau bagaimanapun, sekiranya anda tidak mampu membayar penuh, sila pastikan anda selalu membuat caruman bulanan. Anda juga boleh membuat pencaruman secara online melalu beberapa bank seperti RHB, Public Bank, Maybank dan juga Bank Simpanan Nasional.

Mudahnya untuk mendapatkan RM250 daripada KWSP ini. Dengan dua langkah sahaja anda telah melayakkan diri untuk dapat RM250 dari Skim Simpanan Persaraan 1Malaysia.

PENTING:

  • Pekerja bergaji tetap tidak boleh menyertai Skim Simpanan Persaraan 1Malaysia dan tidak layak untuk menerima sumbangan Kerajaan.
  • Simpanan Persaraan 1Malaysia merupakan sebahagian daripada simpanan KWSP ahli. Oleh itu, ahli boleh menggunakan / mengeluarkan simpanan ini tertakluk kepada syarat & prosedur semasa pengeluaran KWSP.

Anda boleh terus membuat permohonan pada hari ini dan jangan bertangguh lagi kerana peluang sebegini sangat jarang ditemui. Jika anda rasa anda tidak memerlukan skim ini, mungkin saudara-mara anda atau kawan-kawan anda yang tidak bernasib baik seperti anda memerlukannya.

Sumber: KWSP melalui Media Maklumat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

Comments

Bapa Angkat Hadapi 900 Tuduhan Rogol Anak-Anak Yatim Di Bawah Jagaannya

sukaviral

Pelajar Berumur 7 hingga 12 Tahun Akan Menerima SSPN1M Bernilai RM500 Dari Kerajaan. Pantas! Hanya 500,000 Pemohon Terawal Sahaja