in ,

Lagenda Kungfu China, Wong Fei Hung Adalah Seorang Muslim

Wong Fei Hung Islam

Kebanyakan orang ramai hanya tahu bahawa pahlawan legenda Cina, Sam Poo Kong @ Muhammad Cheng Ho adalah seorang Muslim. Namun ramai yang tidak tahu bahawa masih ramai lagi pahlawan-pahlawan lagenda China adalah beragama Islam. Antaranya adalah Wong Fei Hung dan Judge Bao.

Wong Fei Hung adalah seorang ulama dan ahli beladiri
Jet Li memegang watak Wong Fei Hung

Selama ini kita hanya mengenali Wong Fei Hung sebagai jaguh Kung fu dalam film Once Upon A Time in China sahaja. Watak Wong Fei Hung dalam filem itu dilakonkan oleh aktor terkenal Hong Kong, Jet Li. Namun siapakah sebenarnya Wong Fei Hung?

Wong Fei Hung adalah seorang Ulama, Ahli Perubatan, dan Lagenda Seni Mempertahankan Diri (Beladiri) yang namanya ditetapkan sebagai Pahlawan Nasional China oleh pemerintah China. Namun Pemerintah China sering berupaya mengaburkan jatidiri Wong Fei Hung sebagai seorang muslim demi menjaga ketuanan kekuasaan Komunis di China.

Wong Fei-Hung dilahirkan pada tahun 1847 di Kwantung (Guandong) dari keluarga muslim yang taat. Nama Fei pada Wong Fei Hung merupakan dialek Canton untuk menyebut nama Arab, Fais. Sementara Nama Hung juga merupakan dialek Kanton untuk menyebut nama Arab, Hussein. Namanya dalam dialek Arab adalah Faisal Hussein Wong.

Ayahnya, Wong Kay-Ying adalah seorang Ulama, dan tabib tradisional, serta ahli beladiri tradisional China (wushu/kungfu). Ayahnya memiliki sebuah klinik perubatan bernama Po Chi Lam di Canton iaitu ibukota Guandong. Ayahnya merupakan seorang ulama yang menguasai ilmu wushu tingkat tinggi. Ketinggian ilmu beladiri beliau membuatnya dikenali sebagai salah seorang dari 10 Harimau Kwantung. Posisi Harimau Kwantung ini kemudiannya diwarisi oleh anaknya Wong Fei Hung.

Wong Fei Hung
Wong Fei Hung tergulung dalam 10 Harimau Kwangtung. Gambar sekadar hiasan. 

Kombinasi antara pengetahuan ilmu perubatan tradisional dan teknik mempertahankan diri serta disokong oleh keluhuran budi pekerti sebagai Muslim membuatkan keluarga Wong sering campur tangan membantu orang-orang lemah dan tertindas pada masa itu. Oleh kerana itulah masyarakat Kwantung sangat menghormati dan menyanjung Keluarga Wong.

Kebanyakan pesakit yang mengunjungi klinik keluarga Wong umumnya berasal dari kalangan miskin yang tidak mampu membayar bil perubatan. Namun begitu, Keluarga Wong tetap membantu setiap pesakit yang datang dengan penuh kesungguhan. Keluarga Wong tidak pernah memilih bulu untuk membantu, mereka tidak memilih bangsa dan agama pesakit.

Dalam diam, keluarga Wong aktif dalam gerakan melawan pemerintahan Dinasti Ch’in yang korup dan penindas. Dinasti Ch’in ialah Dinasti yang merobohkan kekuasaan Dinasti Yuan yang memerintah sebelumnya. Dinasti Yuan terkenal sebagai satu-satunya Dinasti Maharaja Cina yang kebanyakan anggota keluarganya memeluk agama Islam.

Adakah ini gambar sebenar Wong Fei Hong?

Wong Fei-Hung mempelajari seni mempertahankan diri melalui Luk Ah-Choi yang juga pernah menjadi guru ayahnya. Luk Ah-Choi inilah yang mengajar dasar-dasar jurus Hung Gar yang membuat Fei Hung sangat hebat dalam Jurus Tendangan Tanpa Bayangan yang hebat dan tiada tandingan. Dasar-dasar jurus Hung Gar ditemukan, dikembangkan dan merupakan mainan dari Hung Hei-Kwun iaitu rakan seperguruan Luk Ah-Choi. Hung Hei-Kwun adalah seorang pendekar Shaolin yang berjaya melepaskan diri dari peristiwa pembakaran dan pembunuhan beramai-ramai oleh pemerintahan Dinasti Ch’in pada 1734.

Hung Hei-Kwun merupakan pemimpin pemberontakan bersejarah yang hampir mengalahkan Dinasti Ch’in yang datang dari Manchuria (sekarang adalah Korea). Dinasti Chi’in mampu bertahan kerana dibantu oleh tentera-tentera dari Rusia, Inggeris dan Jepun. Tanpa bantuan tentera asing nescaya pasukan pimpinan Hung Hei-Kwun akan berhasil mengusir pendudukan Dinasti Ch’in.

Setelah berguru dengan Luk Ah-Choi, Wong Fei-Hung kemudian berguru dengan ayahnya sendiri. Di awal usia 20-an, Fei Hung telah menjadi ahli perubatan dan beladiri terkemuka. Bahkan ia berjaya mengembangkannya menjadi lebih maju. Kehebatan seni mempertahan dirinya semakin sukar ditandingi malahan beliau juga berjaya mencipta jurus baru yang sangat taktikal dan berkesan yang dinamakan Jurus Cakar Harimau dan Jurus Sembilan Pukulan Khusus.

Selain mahir bertempur tanpa senjata, Wong Fei-Hung juga mahir menggunakan bermacam-macam jenis senjata. Masyarakat Canton pernah menyaksikan sendiri bagaimana Wong Fei Hung dengan hanya bersenjatakan sebatang tongkat berjaya membelasah dan mengalahkan lebih dari 30 orang samseng yang berbadan tegap dan sangat kejam kerana memeras ugut penduduk miskin di Canton.

WONG FEI HUNG DALAM SATU AKSI YANG DILAKONKAN OLEH JET LI

Dalam kehidupan keluarga, Allah banyak mengujinya dengan berbagai dugaan. Seorang anaknya terbunuh dalam suatu insiden pergaduhan dengan mafia Canton. Dalam hayatnya Wong Fei-Hung berkahwin sebanyak tiga kali karena isteri-isterinya meninggal dalam usia muda. Setelah isteri ketiganya meninggal dunia, Wong Fei-Hung memutuskan untuk hidup sendiri sehingga bertemu jodoh dengan Mok Gwai Lan, seorang wanita muda yang kebetulan juga ahli beladiri. Mok Gwai Lan kemudiannya menjadi pasangan hidupnya hingga keakhir hayat. Mok Gwai Lan turut mengajar seni mempertahankan diri khusus untuk kaum wanita.

Pada 1924, diusia 77 tahun, Wong Fei-Hung meninggal dunia. Masyarakat Cina, khususnya di Kwantung dan Canton mengenangnya sebagai pahlawan pembela kaum yang tertindas dan tidak pernah gentar membela kehormatan mereka. Sesiapapun dan berapapun jumlah orang yang menindas orang miskin, akan dilawannya dengan segenap kekuatan dan keberanian yang dimilikinya. Wong Fei-Hung meninggal dunia dengan meninggalkan nama yang meniti dibibir masyarakat yang membuatnya dikenali sebagai seorang manusia yang bersifat mulia. Salah satu pilihan hidup yang diberikan Allah kepada seorang muslim selain mati syahid. Semoga segala amal dan ibadahnya diterima di sisi Alah Swt dan semoga segala kebaikannya menjadi teladan bagi kita semua termasuk generasi yang akan datang. Amin.

Sumber: Joshuaongys

Doa Sembahyang

Doa Selepas Solat Fardhu

Wanita Acu Pedang Samurai Dipanggil Polis