Bukit Kayu Hitam: Terkini seorang lagi anggota PGA dari Batalion 3 dilap0rkan mengalami keced3raan ketika bertugas di sempadan Malaysia-Thailand dekat sini, petang tadi.
Anggota PGA Kena Lagi
Kej4dian yang berlaku pada jam 6.15 petang itu terjadi ketika anggota terbabit sedang melakukan kawalan sempadan di Pos M16 Bukit Kayu Hitam dimana secara tiba-tiba beliau terkena temb4kan.
Menurut My Metro, anggota terbabit hanya mengalami cedera ringan di perut. Berliau bernasib baik kerana pelvru yang dipercayai dilepaskan dari arah negara jiran terkena baju kalis pelvrunya.
Sehubungan itu, anggota berkenaan telah dibawa keluar dan kini sedang diberi rawatan lanjut.
Perkara itu disahkan oleh Ketua Polis Kedah, Datuk Hasanuddin Hassan, ketika dihubungi. Siasatan lanjut berhubung kej4dian terbaru ini sedang dilakukan pihak berkuasa.
Hasanuddin berkata, maklumat lanjut berhubung kejadian itu akan dimaklumkan dalam tempoh terdekat.
Ini merupakan kejadian kedua yang membabitkan ser4ngan ke atas anggota keselamatan sehingga menyebabkan keced3raan ke atas anggota PGA sehari selepas dua anggota pasukan berkenaan diser4ng di Pos TS9 berdekatan Padang Besar, Perlis, semalam.
Kejadian pada jam 3.10 semalam telah meng0rbankan anggota PGA, Sarjan Baharuddin Ramli, 54, dan mencederakan Sarjan Norihan Tari. Susulah kej4dian itu, 18 lelaki warga Malaysia dan Thailand direm4n bagi membantu siasatan.