in , ,

Langgar Polis Trafik Semasa Bertugas, Penuntut Kolej Kena 3 Bulan

Langgar Trafik sedang bertugas, kena 3 bulan

Semalam tular di media sosial bagaimana seorang anggota polis trafik yang sedang bertugas di persimpangan lampu isyarat Jalan Hishamuddin dilanggar oleh sebuah kereta sehingga melambung dan tercampak di atas jalanraya.

Dalam kejadian itu, mangsa cedera pada kaki dan dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk pemeriksaan lanjut. Video kejadian berkenaan yang dirakam kamera litar tertutup (CCTV) tular dalam laman sosial.

Hari ini, orang yang melanggarnya segera dijatuhi hukuman penjara tiga bulan dan denda RM5,000 oleh Mahkamah Majistret Kuala Lumpur.

Tertuduh diiringi anggota polis trafik di komplek mahkamah

Keputusan hukuman dibuat oleh Majistret M Saravanan terhadap tertuduh, Tan Wooi Zhan, 25, seorang penuntut sebuah kolej swasta selepas mengaku bersalah memandu secara melulu dan membahayakan keselamatan orang awam, dua hari lalu.

Mahkamah juga turut mengenakan hukuman penjara selama lima bulan terhadap tertuduh jika beliau gagal membayar denda. Selain itu lesen memandu beliau juga digantung tiga tahun dari tarikh hukuman dijatuhkan.

Wooi Zhan didakwa memandu kereta Mercedes Benz miliknya secara melulu dan merbahaya sehingga menyebabkan kecederaan terhadap seorang anggota polis trafik yang sedang bertugas, Mohamad Aniq Ariz Mohd Kassim, di persimpangan lampu isyarat Jalan Hishamuddin, Dang Wangi, Kuala Lumpur, kira-kira jam 8.11 pagi, kelmarin.

Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dan boleh dihukum di bawah Akta yang sama.

Jika disabitkan kesalahan, tertuduh boleh dihukum penjara maksimum 5 tahun dan denda tidak kurang RM5 ribu dan tidak melebihi RM15 ribu serta hilang kelayakan memegang atau mendapatkan lesen memandu tidak kurang dua tahun dan lesen memandu percubaan dibatalkan.

Sebelum itu, Timbalan Pendakwa Raya, Muhamad Zuraidi Zulkifli memohon mahkamah mengenakan hukuman setimpal memandangkan kesalahan dilakukan itu membabitkan kecederaan terhadap anggota polis trafik yang sedang menjalankan tugas.

“Tertuduh didapati memandu kenderaannya dengan laju sehingga hilang kawalan dan tidak peka terhadap keadaan sekeliling.

“Mohon juga hukuman yang boleh memberi pengajaran kepada tertuduh dan orang ramai supaya tidak melakukan kesalahan sama,” katanya.

Walau bagaimanapun, tertuduh yang tidak diwakili peguam memohon agar mahkamah mengurangkan hukuman terhadapnya dengan alasan ibu bapanya sudah bersara dan berjanji tidak akan mengulangi kesilapan sama.

Semalam, seorang anggota polis trafik berpangkat konstabel tercampak selepas dilanggar sebuah kereta yang dipandu tertuduh di persimpangan lampu isyarat di Jalan Raja Laut menghala ke Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.

Sepatutnya dalam keadaan jalanraya yang sesak, pemandu hendaklah sentiasa peka dengan keadaan sekitar. Bagaimana orang lain boleh memandu dan mengikut arahan yang diberikan sedang tertuduh seolah-olah tidak nampak ada polis sedang mengawal.

Artikel Lain: Tips Elak Mengantuk Semasa Memandu

Sentiasalah berhati-hati semasa memandu.

Sumber: Metro

RAWATAN TUMIT MEREKAH

6 Petua Merawat Tumit Merekah Yang Mudah Untuk Anda Lakukan

Krim Marjerin Homemade

Krim Marjerin Homemade, Sedap dan Mudah