in , ,

Laungan Azan Solat Jumaat Akan Disiarkan Secara Langsung Ke Seluruh New Zealand Esok

Azan jumaat Secara Langsung di New Zealand

CHRISTCHURCH: Sebagai satu langkah yang penuh simbolik sebagai sokongan kepada masyarakat Muslim, Azan bagi Solat Jumaat pada 22 Mac ini akan dikumandangkan secara langsung ke seluruh New Zealand yang bakal disiarkan menerusi stesen televisyen TVNZ and Radio New Zealand.

Hal ini telah diumumkan sendiri oleh Perdana Menteri, Jacinda Ardern. Menurut beliau, upacara bertafakkur selama dua minit juga akan adakan pada hari Jumaat ini.

trajedi new zealand
Arden ketika bersama keluarga mangsa

“Saya maklum daripada ramai pihak, ada keinginan untuk menunjukkan sokongan kepada masyarakat Muslim apabila mereka kembali ke masjid-masjid, khususnya pada Jumaat (ini),” kata Ardern.

Dalam serangan pengganas oleh pelampau kulit putih berhaluan kanan Jumaat lalu (15 Mac), seramai 50 orang m4ut kerana ditemb4k dengan kejam di dalam dua buah masjid di bandar itu. 29 mangsa masih lagi dirawat di hospital dengan lapan daripada mereka masih lagi dalam keadaan tenat.

Pelakunya, Brenton Tarrant, 28 tahun, seorang warga Australia yang menetap di Dunedin, New Zealand, sudahpun dikenakan tuduhan membunuh. Lebih banyak lagi tuduhan bakal dikenakan ke atasnya pada 5 April nanti.

Solidariti for New Zealand
Hikmahnya adalah rakyat New Zealand dilihat bersatu selepas kejadian

KHUTBAH JUMAAT INI UNTUK MANGSA DI CHIRISTCHURCH

Dalam pada itu, Majlis Imam Kebangsaan Australia mengajak para Imam negara itu supaya memperuntukkan khutbah Jumaat minggu ini kepada mangsa-mangsa pembunuhan beramai-ramai dua buah masjid di Christchurch itu.

“Serangan ke atas Muslim manapun atau orang-orang tidak bersalah yang lain di mana-mana di dunia ini, adalah satu serangan ke atas semua Muslim dan semua orang,” menurut majlis tersebut menerusi satu kenyataan.

pray for victim
Doakan mereka bersama orang-orang mukmin

“Ini adalah tragedi kemanusiaan dan tragedi antarabangsa, bukan tragedi Muslim atau NZ sahaja. Aksi-aksi leganasan seperti itu mahu memecah-belahkan kita, dan kami menolaknya dalam segala bentuk dan cara. Kami akan terus kekal bersatu padu dan teguh.”

Sama-sama kita doakan agar kejadian tersebut menjadi titik tolak kepada bersatunya masyarakat berbilang agama dan budaya di sesebuah negara termasuk negara kita Malaysia.

Sama-sama juga kita berdoa agar mereka semua gugur syahid. Mereka gugur pada hari jumaat, dalam wudhu, dan ketika berada di dalam rumah Allah untuk beribadat. Subhanallah!

Artikel Lain: PM Austria Ajak Wanita Memakai Tudung Sebagai Cara Memerangi Prasangka terhadap Islam 

Semoga bermanfaat dan memberi keinsafan kepada kita yang masih kerdil ini.

Komen yang baik-baik dan layari facebook kami @Suka Viral

Sumber: Reuter via Nor Fazlan

Written by Nur Aida

Wanita Punggung Besar Lebih Bijak dan Sihat

Kajian Mendapati Wanita Yang Memiliki Punggung Besar Lebih Sihat dan Bijak

Tukat Alamat Pada Kad Pengenalan

Permohonan Pertukaran Butiran Alamat Pada Kad Pengenalan