in ,

Lee Tuck Sah Sertai Pahang Bagi Musim 2021

Lee Tuck
Foto: Terengganu fc

Lee Tuck sah sertai Pahang untuk saingan Liga Malaysia 2021. Bersama-masam dengan Lee Tuck yang sah mewakili Pahang musim hadapan adalah bekas pemain Melaka United, Sergio Aguero dari Argentina.

Sebelum ini pengurusan pasukan Pahang membuat keputusan tidak menyambung kontrak empat pemain importnya iaitu Dickson Nwakaeme, Khalil Khamis, Adam Reed dan Ivan Carlos.

Lee Tuck dan Aguero Sertai Pahang

Kehadiran Tuck dan Aguero dilihat dan diyakini mampu memperkasakan pasukan Pahang yang akan turut dibarisi dua lagi import baru. Hanya Herold Goulon (pemain import) yang dikekalkan bagi musim depan. Dua lagi kuota akan diisi pemain dari Asia dan Asia Tenggara.

Karier Lee Tuck bermula bersama pasukan Negeri Sembilan pada 2017. Pada musim 2018 beliau berhijrah ke pantai timur untuk bersama pasukan Terengganu FC. Kekal bersama pasukan itu selama tiga musim merupakan satu pencapaian yang cemerlang buat Tuck.

Ini memandangkan beliau adalah tunggak utama pasukan Trengganu FC. Namun selepas tiga musim khidmatnya tidak diperlukan lagu apabila diberitahu tiada namanya tiada dalam perancangan pasukan itu bagi musim depan.

Kali ini Pahang dilihat bertindak pantas menyambar pemain ini selepas menandatangani Sergio Aguero bagi menghadapi saingan musim depan. Memang sudah diketahui tahap kebolehan mereka, jadi Pahang tidak menunggu lama.

Lee Tuck adalah pemain kelahiran Halifax, England dikatakan mempunyai pertalian darah dengan negara ini disebelah neneknya. Permohonan untuk mendapatkan kerakyatan Malaysia dikatakan telah dibuat bagi membolehkannya didaftar sebagai pemain tempatan dalam saingan Liga Malaysia seterusnya bagi mewakili pasukan kebangsaan. Namun dikatakan tidak diperolehi bukti-bukti dokumen bagi membolehkan berbuat demikian.

Jika Lee Tuck bermain semusim lagi dalam Liga Malaysia, beliau masih berpeluang untuk menyarung jersi kebangsaan dengan status naturalisasi. Menurut peraturan FIFA, seseorang pemain yang mahu dinaturalisasikan perlu bermain sekurang-kurangnya lima tahun di negara yang mahu diwakilinya.

Usia dilihat bukan penghalang kepada seseorang untuk beraksi jika kemahiran dan kekuatan fizkalnya masih berada ditahap yang baik sebagai pemain bolasepak.

Baca – Hafizul Hakim Terima Tawaran Lumayan

Bagi Sergio Aguero pula, beliau memulakan kariernya di Liga Malaysia sejak 2017 bersama pasukan Melaka United sebelum berhijrah ke Selangor United pada musim 2018, Pulau Pinang pada 2019 dan bermain di Liga M3 bersama KL Rovers pada tahun ini.

Written by Admin

Saya orang biasa sahaja namun berminat dalam bidang penulisan. Hanya menulis jika ada kelapangan.

maradona

Diego Maradona Meninggal Dunia

polis wanita

Anggota Polis Wanita Terkena Temb4kan di Bukit Kayu Hitam