Sukaviral

“Lelaki Berparang Ugut Nak Pancung Kepala Adik” – Noriah Mahat

Seorang Wanita berusia 35 tahun dilarikan oleh seorang lelaki berusia 30-an yang bersenjata parang di sebuah perkampungan orang asli di Kampung Alor Beruang, Sungai Soi, Kuantan semalam.

Menurut Metro, difahamkan lelaki tersebut adalah bekas teman lelaki wanita berkenaan. Dia dilarikan menaiki kereta milik mangsa dan sebuah lagi kereta jenis Toyota Vios yang sedang menunggu.

“Dia ugut nak pancung kepala adik saya sebelum melarikan kakak,” kata Noriah Mahat, 16, menceritakan kejadian kakak angkatnya yang dilarikan seorang lelaki, kelmarin.

Noriah berkata, lelaki itu yang membawa parang panjang bertindak di luar dugaan apabila menetak pintu rumah mereka beberapa kali.

Katanya, ketika kejadian dia bersama dua lagi adik-beradiknya berehat manakala Siti Khadijah yang berasal dari Bera menyapu sampah dalam rumah.

Noriah memberitahu lagi secara tiba-tiba lelaki itu menetak pintu beberapa kali, kemudian masuk ke dalam rumah dan memukul kakak angkatnya sambil menjerit mencari abangnya. Ketika itu, abangnya tidak berada di rumah.

Lelaki terbabit kemudian meletakkan senjata itu pada leher adik lelaki Noriah sambil bertanya di mana abang mereka berada. Lelaki itu mengugut untuk memancung kepala adik lelaki noriah jika tidak diberitahu di mana abang mereka berada.

“Selepas itu, dia terus menarik kakak masuk ke dalam Proton Wira milik kakak lalu melarikan diri bersama rakannya yang menunggu dalam Toyota Vios,” katanya.

Satu laporan dibuat pada hari sama di Balai Polis Jaya, Gading, di sini.

Katanya, kakak angkatnya yang bekerja sebagai pembantu makmal di sekolah di bandar ini ada menghubunginya tetapi tidak sempat dijawab.

Selepas itu kakak angkatnya menghantar SMS dan memaklumkan dia selamat. Noriah telah membalas SMS itu namun tidak berjawab sehingga kini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuantan Asisten Komisioner Mohamad Noor Yusof Ali, ketika dihubungi mengesahkan kejadian namun enggan mengulas lanjut.

Sumber: MyMetro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *