Lelaki Curang Tembak Bakal Isteri Selepas Kantoi Bersama Wanita Lain

Sangat menyedihkan apabila seorang wanita ditembak mati oleh bakal suaminya sendiri. Paling menyedihkan kejadian ini berlaku 5 hari sebelum mereka berkahwin. Apa nak jadi ni dengan manusia zaman sekarang. Sudahlah berlaku curang, sanggup membunuh bakal isteri sendiri.

Harian Metro melaporkan, seorang lelaki menembak mati bakal isterinya 5 hari sebelum majlis perkahwinan mereka. Kejadian berlaku selepas dia ditangkap oleh mangsa kerana curang dengan wanita lain.

Ronnanchai dan Nontiya di saat bahagia mereka. Photo: The Reporter

Ronnanchai Panchart, 25, mengaku membunuh tunangnya yang juga pegawai pergigian, Nontiya Krowjatturat, 25, dalam kejadian awal Selasa lalu di daerah Tha Sae, wilayah Chumphon, Thailand.

Mereka sepatutnya melangsungkan perkahwinan pada Ahad ini (hari ini – 24 Dis 2017) di kampung mangsa yang terletak di daerah Sawi.

Photo: The Reporter

Polis masih menyiasat kes berkenaan yang kemungkinan berlaku selepas suspek ditangkap kerana berlaku curang oleh mangsa sendiri.

Menurut penyiasat, Nontiya bertengkar dengan Ronnanchai selepas mangsa menemui lelaki itu bersama wanita lain di rumahnya.

BACA: 10 Ciri Lelaki Yang Perlu Anda Cuba Elak Dari Menjadi Suami. Yang No.3 Selalu Dipandang Remeh.

Difahamkan mangsa dibunuh pada jam 1 pagi dan mayatnya ditemui oleh rakan sekerjanya yang datang ke rumah mangsa selepas mangsa tidak hadir bertugas.

Rakan mangsa kemudian menghubungi polis selepas melihat kesan darah di luar rumah selain kunci pintu yang pecah.

Polis yang membuat siasatan akhirnya menangkap tunang mangsa manakala seorang wanita dipercayai kekasih suspek turut ditahan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *