in ,

Lelaki Ini Hadapi Dua Kemalangan Dalam Sehari – Semoga Beliau Bertabah

dua kemalangan dalam sehari

Lelaki ini hadapi dua kemalangan dalam sehari. Begitulah jika ianya sudah tertulis. Selalu juga kita mendengar ungkapan bahawa soal jodoh, ajal dan maut itu adalah urusan Allah. Inilah nasib yang berlaku kepada seorang pemadu.

Melalui satu hantaran di media sosial facebook, gambar yang dimuat naik menunjukkan apa yang telah berlaku itu.

kemalangan kereta
Semoga beliau tabah

Berikut adalah hantaran tersebut yang mana sv mengubah sedikit beberapa ayat bagi memudahkan pembaca memahaminya:

Misteri, suratan atau kebetulan? Kereta yang sama dengan nombor pendaftaran PCY 783 Proton Iswara Aeroback Putih telah terlibat dalam kemalangan.

Kejadian tersebut melibatkan pemandu yang sama yang memakai baju (berwarna hijau belang) yang sama. Yang berbeza hanyalah lokasi kemalangan itu berlaku sahaja.

Pada awal pagi semalam, kereta yang dipandu lelaki tersebut telah terbabas dan sebahagian tayarnya telah temasuk ke dalam longkang di bulatan Bukit Tengah (Alagappa).

kemalangan jalan raya
Kemalangan pertama

Manakala di sebelah petang pula nasib lebih malang telah menimpa pemandu dan kenderaan terbabit.

Bagaimana tidaknya, kereta yang dipandunya telah terlibat dalam kemalangan sekali lagi yang menyebabkan ia terbalik di persimpangan lampu isyarat Jalan Tenggiri, Bandar Sunway, Seberang Jaya, Pulau Pinang.

kereta terbalik
Kemalangan yang kedua

Melalui gambar yang disertakan, didapati pemandu terbabit tidak mengalami kecederaan yang serius. Mungkin inilah yang dikatakan misteri. Namun sebenarnya Allah yang berkehendakkan semua itu berlaku.

Semoga saudara kita (pemandu) yang terlibat tabah menghadapinya. Hadapilah dugaan Allah ini dengan tenang dan sabar. Pasti ada hikmah di sebaliknya.

Walaupun semua itu suratan ilahi, sv berpesan kepada semua pemandu agar memandu dengan berhati-hati. Kerana apa yang kita lakukan juga boleh menjadi penyebab kepada sesuatu yang akan berlaku. Wallahu a’lam.

Apa komen anda? Sila share dan like ye

Written by Admin

cedera ketika kejar peragut

Wanita Cedera, Anak 3 Tahun Patah Bahu Ketika Cuba Kejar Peragut

Menteri Saran Rakyat Tanam Buluh

Rakyat Disaran Lupakan Kelapa Sawit dan Tanam Buluh – Teresa Kok