in ,

Lelaki Rosakkan Peralatan Hotel Ditahan, Disyaki Ada Masalah Mental

Lelaki Rosakkan Peralatan Hotel Ditahan

Semalam heboh pasal seorang lelaki yang sedang menjalani kuarantin C0VID-19 di sebuah hotel di Sarawak mencetuskan suasana kelam kabut apabila membakar botol cecair pembasmi kuman di lobi sebuah hotel.

Lelaki Rosakkan Peralatan Hotel Ditahan

Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Aidi Ismail berkata, kejadian pada kira-kira jam 9.15 pagi itu mencetuskan kebakaran kecil namun berjaya dipadamkan oleh kakitangan hotel.

Aidi berkata, lelaki yang berusia 23 tahun itu baru kembali dari luar Sarawak telah dikuarantin di hotel berkenaan sejak 2 Mei lalu.

“Lelaki itu sudah ditahan dan dirujuk kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),” katanya dihubungi hari ini.

Dalam pada itu, menurut sumber Pejabat Timbalan Ketua Menteri berkata, lelaki terbabit kini ditahan ke Hospital Umum Sarawak (HUS) kerana disyaki mengalami masalah mental.


Lelaki berkenaan telah merosakkan beberapa peralatan di bilik penginapannya sebelum mencetuskan kekecohan di lobi hotel.

Gambar keadaan bilik yang bersepah selain peralatan hotel yang rosak tular di laman sosial Facebook sejak semalam dan ia mencetuskan kemarahan netizen.

Rata-rata netizen kesal dengan perbuatan lelaki itu yang dianggap tidak bersyukur dikuarantin di hotel yang ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan.

Baca – Tips Mencegah Kebakaran Di Rumah Kediaman

Sumber: Chempedak Cheese

Written by Admin

Saya orang biasa yang ada perlindungan takaful dan insurans. Suka travel seperti orang lain. Pernah naik flight untuk travel seperti Air Asia, Malindo, Malaysia Airlines dan Fire Fly. Nak cuba juga naik Scoot, Singapore Airlines, Qantas, Thai Airways, British dan sebagainya namun belum ada rezeki. Selain nasi sebagai makanan utama suka juga makan KFC, Mc Donalds dan sesekali Burger Kings. Minat bermain forex tapi tak pandai. Mempunyai akaun simpanan seperti Maybank, CIMB Bank, Hong Leong Bank dan AmBank tetapi duit belum tentu ada. Membeli belah dengan kemudahan kad debit. Tak pernah cuba kad kredit atau lain-lain kad.

penawar sengatan lipan

Getah Biji Asam Jawa Penawar Sengatan Lipan

khasiat daun pandan

Khasiat Daun Pandan Untuk Kesihatan dan Kegunaan Lain