in

Gelagat Lelaki Terpaksa Membeli Tiket Bas Secara Melutut Kerana Ketinggiannya

Gelagat Lelaki Membeli Tiket Bas
Gelagat Najwan ketika membeli tiket bas. Foto - msn

Oleh kerana memiliki ketinggian setaraf dengan orang Eropah dan Asia Barat, seorang lelaki terpaksa membeli tiket bas secara melutut. Ketinggian seperti beliau susah untuk ditemui di tempat-tempat kita.

Mohammad Najwan Haikal Swandi, 20, menjadi tular baru-baru ini apabila gelagatnya membeli tiket sambil melutut di Larkin Sentral baru-baru ini menjadi tular, malah menjadi bahan ketawa Netizen, sepertimana yang dilaporkan oleh mStar Online.

Menceritakan kisah sebenar apa yang berlaku itu, pemuda dengan ketinggian 191 sentimeter berkata beliau terpaksa berbuat demikian kerana ketinggiannya.

“Sebenarnya saya baru pertama kali membeli tiket bas guna mesin. Sebelum ini saya selalu beli tiket bas atas talian. Kalau saya berdiri mesin itu paras pinggang saya,” katanya yang masih menuntut disebuah kolej swasta di Selangor.

“Memandangkan kena taip nama dan nombor kad pengenalan saya terpaksa membongkok sikit. Nak membongkok memang lama, jadi saya pilih untuk melutut.”

Foto yang dimuatkan 7 September lalu, dirakam oleh kakaknya Nor Ajlaa, yang mempunyai ketinggian 185 cm. Wah! semua tinggi-tinggi ke?

Walaupun beliau bersyukur diberikan anugerah ini (ketinggian luar biasa), namun Najwan mengatakan terdapat banyak juga kelemahan yang terpaksa dihadapinya. Namun Najwan harus ingat, kelebihan juga banyak menanti anda.

Antaranya kelemahan menurut beliau ialah sukar hendak memilih saiz kasut. Untuk masuk atau berada dalam kereta juga agak mencabar kerana kepala terkena bumbung.

Apapun itulah yang dinamakan anugerah Sang Pencipta. Untuk menggunakan kereta nanti, Najwan bolehlah membeli kereta yang jenis bumbung tinggi yang ada di pasaran. Mat Salleh boleh naik kereta, Malaysia pun Boleh!

Apa komen anda? Jangan gelak weh kat orang! Jika kita gelakkan orang, satu masa pasti orang akan gelak pada kita pulak. Kadang-kadang perkara ini berlaku tanpa kita sedari begitu juga dengan karma malahan pepatah pun ada berkata, “hari ini hari kau, satu hari, hari aku pula.” Kan?

Share dan Like jika anda suka. Layari facebook dan web sukaviral untuk info yang lain.

Sumber: msn

Written by Admin

Saya lelaki biasa yang ada perlindungan takaful dan insurans. Suka travel seperti orang lain. Pernah naik flight untuk travel seperti Air Asia, Malindo, Malaysia Airlines, Fire Fly, Scoot, Singapore Airlines, Qantas, Thai Airways, British dan sebagainya. Makan juga nasi, KFC, Mc Donalds, Burger Kings. Minat forex tapi tak pandai. Sikit duit dalam simpanan akaun di Maybank, CIMB Bank, Hong Leong Bank dan AmBank. Membeli belah dengan kemudahan AEON Cards.

Cara Membasmi Pepijat

Cara Membasmi Pepijat Dengan Berkesan

Kini Bersabahat

Tular Bergadvh Di Plaza Tol, Kini Mereka Bersahabat