in

Lelaki Warga Nepal Maut Terjatuh Dari Tingkat 4

Kadang-kadang jika seseorang berbuat salah, masih lagi selamat dan dilindungi kesalahannya. Namun ada yang masih ulangi kesalahan itu lagi. Namun nasib tidak menyebelahi seorang lelaki Nepal apabila maut selepas terjatuh ketika cuba melarikan diri dari rumah teman wanitanya. Teman wanitanya adalah tunangan orang lain.

Metro Online melaporkan lelaki nepal tersebut terjatuh ketika cuba melarikan diri melalui pintu gelongsor dapur di tingkat empat rumah flat di Bayan Baru, dekat Balik Pulau, hari ini kerana takut selepas menyedari kehadiran tunang teman wanitanya.

warga nepal
Mangsa yang terlibat meninggal di tempat kejadian. Photo: Metro Online

Kejadian tersebut berlaku kira-kira jam 5.20 pagi. Difahamkan mangsa berusia 24 tahun adalah seorang pekerja di pasar raya di Bukit Jambul yang bekerja sebagai jurujual datang ke rumah teman wanitanya pada jam 2.30 pagi.

Menurut Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan A A Anbalagan, kira-kira jam 5.00 pagi, semena-mena tunang kepada teman wanita mangsa datang ke rumah terbabit menyebabkan lelaki Nepal tersebut terkejut.

Ketika itu lelaki Nepal terbabit berada dalam rumah bersama teman wanitanya dan apabila menyedari tentang kehadiran tunang wanita berkenaan, dia cuba melarikan diri melalui pintu dapur, katanya lagi.

A A Anbalagan

“Mangsa membuka pintu gelongsor di dapur terbabit dan cuba keluar melaluinya, namun dia terjatuh dan meninggal dunia di lokasi kejadian.

“Hasil pemeriksaan dalam rumah, kita tidak menemui sebarang unsur-unsur pergelutan dan pemeriksaan badan juga tidak menemui unsur jenayah dan mayat dihantar ke Hospital Balik Pulau untuk bedah siasat,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Amat menyedihkan lagi lagi apabila Anbalagan memaklumkan bahawa hasil keterangan awal, teman wanita mangsa mendakwa mereka sudah lapan bulan berkawan – Sukaviral

Sumber: Metro Online

Persediaan Untuk Anak Memasuki Tahun 1

11 Persediaan Untuk Anak Memasuki Tahun 1

Doa Selepas Akad Nikah

Doa Selepas Akad Nikah