in ,

Lesen Muzik RM600 Jika Majlis Keraian Atau Perkahwinan Mahu Gunakan Muzik

Lesen Muzik Untuk Majlis Keraian dan Perkahwinan

Music Right Malaysia (MRM) akan mengenakan lesen muzik RM600 kepada semua majlis keraian atau perkahwinan. Pembayaran lesen itu akan dikenakan jika majlis tersebut mahu memainkan alatan muzik sama ada secara rakaman mahupun langsung.

Menurut MRM memainkan muzik tanpa lesen adalah menyalahi undang-undang di bawah Akta Hakcipta 1987.

Tindakan memainkan muzik tanpa lesen dianggap sebagai menafikan bayaran terhadap penggunaan harta intelek yang dimiliki oleh pengkarya muzik, syarikat rakaman dan artis rakaman.

MRM
Anda perlu mendapatkan lesen daripada MRM jika mahu menggunakan muzik dan lagu

“Oleh itu, sila pastikan acara perkahwinan yang memainkan muzik dalam bentuk rakaman atau secara langsung mendapatkan lesen muzik daripada MRM,” kata sumber MRM.

Untuk makluman semua, MRM telah diberi mandat sebagai pelesen tunggal oleh agensi di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan ketika itu, Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) untuk mengeluarkan lesen muzik dan kutipan bayaran di negara ini. Ianya telah berkuatkuasa pada 1 Januari 2017.

Terdahulu sepucuk surat daripada MRM yang bertajuk ‘Lesen untuk Majlis Perkahwinan di Lokasi Komersial’ itu menjadi viral.

Sumber: Utusan Online

Written by Nur Aida

Presiden Skuad Badar Ditahan

Presiden Skuad Badar Di Reman 4 Hari

Kanser Prostat

5 Tanda dan Gejala Kanser Prostat