in , ,

Lisdawati Mohon Jangan Kongsi Gambarnya Yang Tidak Berhijab

lisdawati

Siapa tidak kenal pelakon Lisdawati? Boleh dikatakan semua golongan dewasa mengenali beliau. Untuk pengetahuan anda semua, Lisdawati memohon semua pihak menghormati permintaan beliau supaya tidak menyiarkan foto lamanya yang tidak hijab.

Nama sebenarnya adalah Nisdawati Nazaruddin dan beliau berkata, dia sudah membuang dan membakar foto-foto lama kerana tidak mahu menjadi ‘saham’ dosa andai dirinya pergi mengadap ilahi satu masa nanti.

Kita Kena Hormati Lisdawati

Katanya kesedaran itu timbul selepas mendengar syarahan agama dari seorang ustaz di kelas agama yang beliau hadiri. Sejak hari itu, beliau sudah membuang dan membakar semua foto-foto lama yang tidak memakai hijab.

Beliau hanya menyimpan gambar perkahwinannya kerana itu adalah kenangan hidupnya bersama suami.

Lisdawati dan Fauzi nawawi
Dua pasangan ini dikenali ramai. Semoga kekal hingga Jannah. Foto: Insta

 

Lisdawati berkata, “Saya tidak mahu apabila mati kelak, gambar itu menjadi ‘saham’ dosa buat saya. Untuk mengelak perkara itu, ustaz nasihatkan saya buat pengumuman meminta foto lama dihapuskan.

“Selepas itu, jika ada pihak yang masih menyiarkannya, itu bukan tanggungan saya lagi..Saya sudah terlepas. Itu yang membulatkan tekad saya untuk mengumumkan perkara ini di Instagram (IG),” katanya kepada BH Online.

“Alhamdulillah, selepas mengumumkan perkara ini insan yang paling gembira adalah emak saya. Suami juga menyokong keputusan ini. Iyalah, saya buat kerana sayangkan dia,” ujarnya.

Lisdawati yang juga isteri pelakon, Fauzi Nawawi, membuat pengumuman mengenai perkara itu di IG, tiga hari yang lepas.

Dalam perkongsian itu, lisdawati mengepilkan keratan majalah memperlihatkan bahagian rambutnya dan artis lain yang sama-sama bergambar, diconteng dengan pen hitam bagi melindungi auratnya yang terdedah.

“Foto itu saya jumpa ketika berkemas. Saya buat begitu kerana tahu, suatu hari nanti, mereka yang ada di dalam foto sama bakal berhijab.

“Apa yang saya buat boleh dijadikan contoh kepada mereka yang mahu menyiarkan foto saya tanpa hijab pada masa depan,” katanya.

Baca – Senarai Artis Malaysia Yang Memeluk Agama Islam (Senarai Lama)

Semoga Liadawati terus Istiqomah dalam menyusuri saki baki kehidupan.

Written by Admin

Saya orang biasa yang ada perlindungan takaful dan insurans. Suka travel seperti orang lain. Pernah naik flight untuk travel seperti Air Asia, Malindo, Malaysia Airlines dan Fire Fly. Nak cuba juga naik Scoot, Singapore Airlines, Qantas, Thai Airways, British dan sebagainya namun belum ada rezeki. Selain nasi sebagai makanan utama suka juga makan KFC, Mc Donalds dan sesekali Burger Kings. Minat bermain forex tapi tak pandai. Mempunyai akaun simpanan seperti Maybank, CIMB Bank, Hong Leong Bank dan AmBank tetapi duit belum tentu ada. Membeli belah dengan kemudahan kad debit. Tak pernah cuba kad kredit atau lain-lain kad.

isteriku

Ketika Isteriku Hamil, Ibu Pinta Aku Kahwini Sepupuku Sebagai Isteri Ke 2

safawi

Safawi Tayang Kereta Porsche?