in ,

Cara Untuk Mengetahui Kedudukan Injap Tangki Minyak Kereta

Kedudukan Injap Isi Minyak Kereta

Ramai rakyat negara kita mampu untuk memiliki kereta sendiri samada kereta yang mahal hinggalah yang paling ekonomi harganya. Kebanyakannya apabila sudah mula bekerja, mereka akan membeli kereta sendiri apabila mencapai kelayakan ataupun menggunakan kereta milik keluarga. Entri ini akan kongsikan cara untuk mengetahui kedudukan injap tangki minyak kereta yang anda pandu.

tempat isi minyak
Setiap kenderaan mempunyai asas yang sama tetapi bentuk yang agak berbeza

Setiap kereta mempunyai rekabentuk yang berbeza namun mempunyai asas yang sama sebagai sebuah kereta. Antaranya adalah enjin, dashboard, tangki radiator, tangki minyak, pintu, wiper, cermin, cermin sisi dan lain-lain lagi.

Namun demikian masih ramai pemandu yang tidak mengingati kedudukan injap mengisi minyak kereta masing-masing. Paling utama ialah jika memandu kereta sewa atau kereta yang dipinjam. Apabila sampai ke stesyen minyak, pemandu biasanya akan berfikir di mana kedudukan injap tersebut.

Cara Untuk Mengetahui Kedudukan Injap tangki Minyak Kereta
Injap untuk mengisi minyak terdapat di sebelah kiri atau kanan kereta.

Ada pemandu yang berhenti untuk melihat di mana tangki minyak kereta yang dipandunya dan ada juga yang terus masuk ke tempat mengisi minyak. Apabila hendak mengisi minyak, kedudukan injap berada di sebelah lain. Jika berhenti hampir dengan pam mungkin tidak menimbulkan masalah.

Cara Untuk Mengetahui Kedudukan tangki Minyak Kereta
Mungkin inilah jadinya jika anda tidak mengingati kedudukan injap untuk mengisi minyak.

Di sini kami ingin kongsikan dengan anda tips bagaimana untuk anda mengetahui kedudukan injap pengisian minyak kenderaan anda. Ianya mudah sahaja kerana kebanyakkan kenderaan sekarang, anda boleh mengetahuinya dari tempat pemanduan anda tanpa perlu melihat di luar.

Berpandukan gambarajah di bawah, sila lihat pada odometer. Di situ terdapat simbol tangki minyak. Di sebelah kiri simbol tersebut ada penunjuk arah berbentuk segitiga. Ia menandakan kedudukan injap untuk mengisi minyak kenderaan yang anda pandu.

meter minyak
Bersama meter minyak, terdapat tanda arah di mana letaknya injap untuk mengisi minyak kereta anda.

Jadi selepas ini anda tidak perlu bimbang lagi atau berteka-teki di mana kedudukan injap untuk mengisi minyak. Sila share artikel ini agar semua orang tahu dan tidak perlu memikirkan lagi di sebelah mana tangki minyak kereta anda berada apabila menghampiri stesen minyak. – Suka Viral

Permohonan ekasih

Daftar Permohonan e-Kasih (Borang Makluman Kemiskinan Online)

Doa Anak Dengar Kata Ibu Bapa

7 Himpunan Doa Terbaik Untuk Anak-Anak Berjaya Dunia Akhirat