in , ,

Kami Nak Balik, Semakin Ramai Yang M4ti Di Sini (Itali)

balik

“Keadaan di Itali tidak terkawal dengan jumlah mereka yang dijangkiti dan meninggal akibat Covid-19 meningkat secara mendadak. Kami nak balik” Luahan Norul Redzuan Zakaria, rakyat Malaysia yang bekerja di Itali

Kami harap kerajaan Malaysia dapat bawa kami keluar segera dari sini, kebanyakan hospital juga sudah tidak dapat menampung jumlah pesakit akibat terlalu ramai yang dijangkiti.”

Kami Nak Balik

rakyat malaysia mahu pulang
Situasi di sebuah bandar di Utara Itali

Demikian lebih kurang luahan oleh seorang rakyat Malaysia di Itali, Norul Ridzuan Zakaria, 50. Dia merayu supaya kerajaan segera mengeluarkan mereka dari sana selepas Itali mencatatkan angka kem4tian tertinggi di luar China iaitu mencecah 1,000 orang.

Memetik laporan Hmetro, Norul Ridzuan yang bekerja sebagai pembekal untuk anak syarikat agensi angkasa Itali berkata, mereka telah dikuarantin sejak pertengahan bulan Februari. Semua kedai, sekolah, universiti serta pejabat telah ditutup sepenuhnya.

Ketika dihubungi oleh Hmetro, beliau berkata, “Kerajaan Itali hanya membenarkan seorang anggota keluarga untuk keluar rumah membeli barangan keperluan.

“Hanya pasar raya yang dibuka, dan kami terpaksa menunggu di luar pasar raya kerana dalam satu-satu masa hanya 10 orang saja”.

covid 19 di itali
Hanya seorang dari satu keluarga dibenarkan keluar untuk membeli barangan keperluan

Beliau sudah lima tahun menetap di Torino iaitu sebuah daerah di utara Itali memberitahu bahawa keadaan di hospital sangat sesak dengan pesakit. Ada diantara mereka terpaksa ditolak kerana wad tidak mencukupi.

“Bayangkan, rakyat Itali sendiri pun terpaksa ditolak (untuk rawatan), inikan pula kami oang luar. Maka sebab itu saya memilih untuk keluar secepat mungkin dari kerana keadaan di sini sudah tidak terkawal, bayangkan dalam tempoh sehari jumlah jangkitan mencecah 800 hingga 1,000 orang,” katanya lagi.

Kedutaan Malaysia di Rom sudah mewujudkan kumpulan Whatsapp khas dan meminta nama rakyat Malaysia yang mahu pulang segera ke tanah air.

Beliau berkata ada rakyat Malaysia yang memilih untuk tidak pulang kerana mempunyai beberapa kekangan, tetapi dia tetap mahu pulang kerana memikirkan keselamatan keluarga.

itali lockdown
Keadaan di bandar-bandar lengang

Beliau yang mempunyai dua anak memberitahu, dia cuba berhubung dengan Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Tan Sri Muhyiddin Yassin melalui Facebook supaya mereka prihatin dengan nasib mereka.

“Alhamdulillah, Datuk Seri Hishammuddin memberi maklum balas positif dengan membalas komen di Facebook saya,” katanya.

Norul Ridzuan berasal dari Taiping, Perak memberitahu lagi, ketika ini penduduk di bandar terkenal seperti Milan, Venice yang terjejas paling teruk sudah keluar dan berhijrah ke bandar lain.

“Ketika ini Milan dan Venice kosong berikutan rata-rata penduduknya sudah berhijrah ke bandar lain.

“Oleh sebab itu kami takut kemungkinan ada antara mereka yang membawa wabak berkenaan ke daerah lain,” katanya.

Italy Lockdown
Sekolah, universiti, peabat dan kedai-kedai ditutup

Harapan kami di Malaysia, semoga semua rakyat Malaysia di sana dijauhi dari virus ini dan selamat samada balik ke Malaysia atau tidak.

Ini kerana, di negara kita juga sedang menghadapi gelombang kedua penularan wabak ini. Sama-samalah kita berdoa agar Allah SWT melindungi kita dari wabak dan penyakit merbahaya. Aamiin.

Jangan lupa like dan share. Terima kasih kerana bersama kami di Suka Viral.

Written by Admin

Saya lelaki biasa yang ada perlindungan takaful dan insurans. Suka travel seperti orang lain. Pernah naik flight untuk travel seperti Air Asia, Malindo, Malaysia Airlines, Fire Fly, Scoot, Singapore Airlines, Qantas, Thai Airways, British dan sebagainya. Makan juga nasi, KFC, Mc Donalds, Burger Kings. Minat forex tapi tak pandai. Sikit duit dalam simpanan akaun di Maybank, CIMB Bank, Hong Leong Bank dan AmBank. Membeli belah dengan kemudahan AEON Cards.

dr zulkifli

Dr Zulkifli Dah Tegur – Takkan Jam 4 Petang Masih Makan?

tanda akhir zaman

6 Tanda Akhir Zaman – Salah Satunya Adalah Wabak Penyakit