in ,

Anda Lupa ID dan Kata Laluan i-Akaun KWSP? Sila Dapatkan Semula Dengan Langkah Ini

lupa ID dan Kata Laluan
Foto: KWSP

Adakah anda salah seorang yang lupa ID dan Kata Laluan i-Akaun KWSP anda? Kalau anda telah lupa diharapkan jangan panik. Relaks dan tenang. Anda hanya perlu ikuti langkah-langkah untuk mendapatkan semula akses i-Akaun anda.

Lupa ID dan Kata Laluan i-Akaun KWSP?

Bila dan dapat akses jangan lupa pastikan i-Akaun anda dikemaskini dengan segala butiran yang diperlukan untuk memudahkan urusan anda kelak.

lupa ID kwsp
Tidak semua orang mampu mengingati ID dan Password

Jangan berlengah lagi. Lepas membaca artikel ini terus lakukan sekarang mengikut langkah-langkah yang ditunjukkan di bawah.

LANGKAH 1

1. Sila layari laman www.kwsp.gov.my. Pastikan link atau URL yang anda login adalah betul. Jangan sesekali anda masukkan ID dan Password anda selain dari laman rasmi KWSP. Ini bertujuan mengelakkan kebocoran maklumat i-Akaun KWSP anda kepada pihak ketiga.
2. Pilih “LOG MASUK” dan Klik “i-Akaun” (Ahli)
3. Klik Lupa ID Pengguna / Kata Laluan?

lupa kata laluan dan ID KWSP

LANGKAH 2

1. Pilih bantuan yang anda perlukan (ID Pengguna Sahaja / Kata Laluan Sahaja / ID Pengguna dan Kata Laluan)
2. Masukkan Nombor Kad Pengenalan atau Nombor KWSP
3. Klik Permintaan TAC untuk dapatkan Nombor TAC

Nota – (Pastikan anda masih menggunakan No.Tel yang didaftarkan dengan KWSP. Jika tidak digunakan lagi, anda hendaklah berdaftar di mana-mana cawangan atau Kiosk KWSP.

lupa ID dan kata laluan KWSP

LANGKAH 3

1. Nombor TAC akan dihantar ke telefon anda melalui SMS.
2. Masukkan Nombor TAC yang diberikan.
3. Selepas itu anda boleh membuat Kata Laluan Baru. Pastikan anda mengunakan kombinasi abjad dan nombor (Contoh: 1234567abc)
4. Isikan Pengesahan Kata Laluan dan klik Hantar

lupa ID dan Kata Laluan Akaun KWSP

Bagaimana Cara Memohon Pengeluaran i-Lestari KWSP

Semua sedia maklum bahawa kerajaan telah mengumumkan bahawa rakyat Malaysia boleh mengeluarkan wang melalui Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) iaitu Kemudahan i-Lestari.

Pengeluaransebanyak RM500 sebulan ini telah diumumkan oleh Perdana Menteri adalah merupakan sebahagian dari senarai Pakej Rangsangan Ekonomi dan Bantuan Kerajaan. Untuk membuat pengeluaran RM500 sebulan anda perlulah mendaftarkan i-Akaun KWSP.

Semua ahli KWSP berumur bawah 55 tahun boleh mengeluarkan wang simpanan daripada Akaun 2 masing-masing dengan kadar maksimum RM500 sebulan untuk tempoh 12 bulan dan tertakluk kepada jumlah simpanan di dalam Akaun 2 pada bulan permohonan dibuat.

Bermula pada 1 April 2020, Ahli KWSP boleh membuat permohonan. Pihak KWSP akan membuat pembayaran bermula dari bulan permohonan diterima sehingga Mac 2021.

Terdapat 3 kaedah untuk anda mengemukakan permohonan Pengeluaran i-Lestari iaitu:

1. Secara dalam talian (e-Pengeluaran melalui i-Akaun)
2. Secara email kepada ilestarimohon@epf.gov.my (Borang akan dimuat naik)
3. Secara pos/pos berdaftar ke alamat:

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja,
Karung Berkunci no 220,
Jalan Sultan 46720 Petaling Jaya
(Pengeluaran i-Lestari)

Menurut sumber, permohonan hanya perlu dibuat sekali sahaja dan pembayaran akan berulang (recurring) ke dalam akaun bank anda sehingga Mac 2021.

SIAPA YANG LAYAK

Berikut adalah ahli-ahli yang layak untuk membuat Pendaftaran Pengeluaran i-Lestari:

1. Warganegara Malaysia dan Pemastautin Tetap
2. Berumur di bawah 55 tahun
3. Mempunyai baki simpanan di dalam Akaun 2 tertakluk kepada baki Akaun 2 semasa proses pembayaran pada bulan berkenaan dibuat
4. Bukan Warganegara Malaysia (Fasa 2)

Semua maklum bahawa pengeluaran i-Lestari sebanyak RM500 sebulan (maksimum) adalah bertujuan membantu meringankan beban anda untuk membeli keperluan asas sepanjang melalui tempoh pandemik Covid 19 yang sedang menular.

Kerajaan memantau perkembangan situasi dari semasa ke semasa dan berharap dengan kemudahan ini dapatlah mengurangkan bebanan yang terpaksa dihadapi rakyat.

Semoga anda tidak lagi lupa ID dan kata laluan i-Akaun KWSP selepas ini. Harapan kami juga kita semua sebagai rakyat Malaysia memanfaatkan kemudahan yang telah diberikan ini dengan penuh berhemah serta mengikut langkah-langkah yang betul daripada saluran yang tepat.

Jika anda mempunyai sumber kewangan yang kukuh, kami nasihatkan teruslah menyimpan di Akaun 2 tanpa perlu membuat pengeluaran .

Written by Admin

Saya lelaki biasa yang ada perlindungan takaful dan insurans. Suka travel seperti orang lain. Pernah naik flight untuk travel seperti Air Asia, Malindo, Malaysia Airlines, Fire Fly, Scoot, Singapore Airlines, Qantas, Thai Airways, British dan sebagainya. Makan juga nasi, KFC, Mc Donalds, Burger Kings. Minat forex tapi tak pandai. Sikit duit dalam simpanan akaun di Maybank, CIMB Bank, Hong Leong Bank dan AmBank. Membeli belah dengan kemudahan AEON Cards.

resepi mee champa

Resepi Mee Champa Yang Sedap dan Pedas Berapi

Daftar i-Akaun KWSP

Daftar i-Akaun KWSP (Covid 19) & Cara Daftar Untuk Keluarkan Wang KWSP Akaun 2