Majikan Tidak Lagi Boleh Menghantar WhatsApp Selepas Waktu Bekerja

Majikan tidak lagi boleh menghantar WhatsApp selepas waktu bekerja melainkan pekerja dibayar gaji lebih. Oh! Begitu..

PENGGUNAAN WHATSAPP TERTINGGI

Malaysia adalah negara yang mencatatkan penggunaan WhatsApp tertinggi di dunia. Maka tidak hairanlah jika hampir kesemua urusan seharian dilakukan dengan bantuan aplikasi ini. Ini adalah antara penyabab tekanan yang diterima pekerja apabila majikan menghantar pesanan kepada mereka selepas waktu bekerja.

Ilustrasi. Photo: albertonrecord

Seksyen 60A (1) Akta Kerja 1995, seseorang itu tidak boleh diarahkan bekerja lebih 5 jam berterusan tanpa rehat dan tidak melebihi 8 jam sehari atau 48 jam seminggu, jika waktu kerja melebihi tempoh tersebut, mereka berhak menuntut bayaran lebih masa. Itu terpakai di pejabat dan urusan kerja secara fizikal.

Apa yang menjadi masalah ialah arahan yang diterima dari majikan selepas waktu bekerja melalui aplikasi WhatsApp, Telegram serta sistem pesanan ringkas yang lain.

Menurut Presiden Kongres Kesatuan Kerja Malaysia (MTUC), Abdul Halim Mansor, pekerja mula merasa tertekan apabila urusan kerja masih berlaku menerusi aplikasi itu walaupun selepas waktu kerja. Selain itu, aplikasi itu juga dikatakan tidak sesuai digunakan bagi urusan rasmi pejabat.

residen MTUC, Abdul Halim Mansor.
Presiden MTUC, Abdul Halim Mansor. Photo: ismaweb

“Sekiranya pihak majikan benar-benar memerlukan pekerjanya untuk bekerja pihak syarikat perlu menghubungi pekerja tersebut melalui telefon atau menjemputnya di tempatnya.

“Apa jua aplikasi media sosial tidak boleh dianggap sebagai medium rasmi biarpun memudahkan penyampaian pesanan,” tambahnya.

Beliau turut mencadangkan agar kerajaan menggubal undang-undang yang lebih jelas dengan mengambil kira perkembangan teknologi semasa. Sementara itu, pekerja yang berhadapan dengan situasi demikian mengakui arahan majikan melalui WhatsApp menjejaskan kehidupan peribadi.

Seorang pekerja berkata, sudah menjadi lumrah majikannya mengeluarkan arahan untuk menyiapkan tugas di luar waktu pejabat melalui media sosial.

Panggilan Majikan di luar waktu pejabat mengganggu masa bersama orang tersayang

Perkara tersebut dikatakan bukan sahaja mengganggu emosi beliau malah masa berkualitinya bersama keluarga dan kawan-kawan turut terjejas.

Seorang lagi pekerja yang ditemui berkata, sudah menjadi perkara rutin majikannya mengeluarkan arahan untuk menyiapkan tugas di luar waktu pejabat melalui media sosial. Alasaannya sama dengan seorang lagi pekerja yang ditemui iaitu mengganggu emosinya malah menjejaskan masa berkualitinya bersama keluarga dan rakan-rakan.

BERITA

WhatsApp: Beri Tekanan & Ganggu Mental Pekerja?

WhatsApp Selepas Waktu Kerja, Akta Kerja 1955 Perlu Dikaji Semula

Posted by Berita TV9 on Monday, 11 December 2017

Sumber Berita: TV9

Harap majikan lebih maklum perkara ini walau tiada akta yang mencegahnya. Bagi kami di sukaviral selagi majikan bayar untuk kerja lebih masa kami balun…haha

Rujukan: Era Baru

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *