in

Makan dan Minum Sambil Berdiri Menurut Islam

Hukum Makan atau Minum Sambul Berdiri

Kebanyakan daripada kita sering minum sambil berdiri terutama di pejabat atau rumah. Mungkin kerana minum itu hanya mengambil masa hanya untuk beberapa saat sahaja melainkan ketika minum di kedai atau bersama keluarga.

Terdapat juga majlis-majlis ringkas yang menyediakan hidangan ringan tanpa menyediakan kerusi yang cukup. Contohnya ketika kita menghadiri seminar-seminar atau kursus-kursus di hotel.

Rasulullah SAW sering memberi ingatan kepada keluarga dan para sahabatnya supaya tidak minum sambil berdiri.

Dari Anas dan Qatadah RA,  Nabi SAW bersabda: “Sesungguhnya beliau melarang seseorang minum sambil berdiri.”

Qatadah pula berkata: ”Bagaimana dengan makan?”

Baginda menjawab: “Itu lebih buruk lagi,”

Nabi SAW bersabda: “Jangan kalian minum sambil berdiri. Apabila kalian lupa, maka hendaknya ia muntahkan” (HR. Muslim).

minum sambil berdiri menurut kesihatan, larangan makan dan minum sambil berdiri dalam islam,
Nabi SAW sering mengingatkan keluarga dan sahabatanya supaya jangan minum sambil berdiri

Adakah ia bermakna makan dan minum sambil berdiri mempunyai risiko jika diamalkan? Jika tidak kenapa walau kita lupa sekalipun Nabi SAW menyarankan agar kita memuntahkan makanan itu?

Seorang ilmuwan Islam, Dr. Abdurrazzaq Al-Kailani berpendapat:

Minum dan makan sambil duduk lebih sihat, selamat, dan sopan kerana apa yang diminum atau dimakan oleh seseorang itu akan masuk pada dinding usus dengan perlahan dan lembut.

Jika seseorang minum sambil berdiri akan menyebabkan apa yang diminum itu akan pergi atau jatuhnya cairan tersebut dengan laju ke dasar usus. Jika proses ini berlaku berulang kali dalam jangka waktu yang berpanjangan, ia akan menyebabkan sistem pencernaan tidak berfungsi dengan baik.

Sama juga ketika seseorang itu makan sambil berjalan atau berdiri, ianya sama sekali tidak sihat, tidak sopan, dan tidak beretika.

ADAKAH IANYA HARAM?

Majoriti ulama berpendapat, larangan minum sambil berdiri dibawa kepada larangan tanzih yakni dekat kepada boleh makruh tetapi bukan tahrim (larangan haram). Walau bagaimanapun yang lebih utama adalah minum sambil duduk.

Imam An-Nawawi Rahimahullah mengatakan dalam Syarh Muslim:

“Dan yang benar dalam masalah ini bahawa larangan makan/minum sambil berdiri dibawa kepada makna makruh yang tidak sampai kepada peringkat haram. Sedangkan riwayat yang menunjukkan Nabi SAW minum sambil berdiri, itu menerangkan hukum akan kebolehannya. Maka dalam masalah ini tidak ada keganjilan lagi ataupun percanggahan sebagaimana yang telah kami huraikan di atas.” (Syarh Shahih Muslim: 13/195)

Kesimpulan

Minum sambil berdiri tidak haram namun jika sambil duduk itu lebih utama kerana termasuk dalam kebiasaan Nabi SAW dan para sahabatnya minum. Sesekali minum sambil berdiri tidak mengapa. Oleh itu jika melihat orang lain minum sambil berdiri janganlah kita menunjukkan kebencian kita tentang hal itu. Wallahu A’lam.

Sumber: Sinar & Voa Islam

Resdung - Pencegahan & Rawatan

Resdung – Cara Rawatan Islam, Tradisional & Moden

Tanda Awal Gangguan Makhluk Halus

Simptom Awal Gangguan Jin dan Syaitan Pada Diri Anda