Makanan Hospital Yang Super Sedap Khas Bagi Wanita Bersalin

Makan makanan yang dimasak di hospital? Mendengarkannya pun boleh membuatkan hilang selera. Mana tidaknya, semua makanan yang disediakan kurang menarik mungkin disebabkan berbau ubat atau kurang perasa. Rasanya yang tawar memang sudah pasti. Silap haribulan ada yang boleh muntah.

Mungkin semua tu hanya di tempat kita terutama di kebanyakan hospital kerajaan. Kalau hospital swasta mungkin lain sikit sebab pesakit boleh order nak makan apa. Cakap saja anda nak makan apa, runner akan membelikannya untuk anda.

Melalui satu artikel oleh Bored Panda, Sukaviral nak kongsi cerita berkaitan makanan di salah sebuah hospital di Jepun.

Begini. Baru-baru ini seorang wanita yang melahirkan anak di salah sebuah hospital di Jepun terkejut apabila makanan yang disediakan oleh pihak hospital sangat sedap dan tidak pernah terfikir olehnya. Wanita tersebut berkongsi 12 jenis makanan yang dihidangkan kepadanya dan pesakit lain sepanjang menerima rawatan di wad bersalin hospital tersebut.

Gambar Hiasan

Sungguh teruja! ia nampak lebih enak, sedap dan yang penting adalah berkhasiat berbanding restoran-restoran di luar sana.

Usaha pihak hospital terbabit menyediakan makanan berkhasiat dan menarik serta boleh menambah selera pesakit seharusnya dipuji. Malah, ia turut mengekalkan makanan tradisi Jepun yang boleh membuatkan sesiapapun meleleh air liur.

Lebih menarik, setelah gambar yang dikongsikan wanita tersebut menjadi viral, ramai warga Amerika Syarikat mahu melahirkan anak mereka di Jepun.

Mari kita lihat antara makanan yang dihidangkan oleh pihak hospital berkenaan. Ianya Boleh diaplikasikan untuk disediakan kepada ibu-ibu yang berpantang nanti:

Omuraisu, salad makaroni, sup ayam, sotong celup tepung, buah segar dan teh hijau

Pasta cendawan, salad kentang, salad brokoli, sup ayam, buah segar, roti, teh hijau

Jejari ayam goreng dengan salad kobis, sayur peria, tofu, salad lobak, nasi dan sup miso

Salmon, tofu, salad bayam, natto, sup miso, nasi, susu

Ayam dengan sos cendawan, sayur labu, salad lobak, nasi, sup miso, chawan mushi

Ikan mackerel, salad konbu, natto, salad bayam, sup miso, nasi, susu, teh hijau

Sea bream, salad pasta, bebola ayam, jeruk daikon, nasi, sup miso, chawan mushi, teh hijau

Photo : BoredPanda

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *