in

Makanan Yang Tidak Boleh Dimakan Mentah Ketika Mengandung

Makanan yang harus dielakkan

Tidak dinafikn makanan dengan nutrisi yang seimbang sangat penting untuk ibu-ibu mengandung. Ada banyak nutrisi, vitamin dan mineral yang sangat diperlukan untuk perkembangan bayi. Anda juga harus membezakan makanan yang boleh dan tidak boleh dimakan sepanjang anda mengandung. Apakah makanan yang tidak boleh dimakan secara mentah semasa anda mengandung? Sila baca artikel ini sehingga habis.

Masak dahulu makanan yang akan di makan
Makanlah makanan yang di masak ketika mengandung

Makanan yang tidak boleh dimakan mentah ketika mengandung

Terdapat makanan yang harus dielakkan makan secara mentah oleh wanita yang mengandung kerana ia sangat berisiko kepada janin di dalam kandungan. Kenapa wanita yang sedang mengandung tidak boleh makan makanan yang mentah? Sebabnya ialah makanan ini dikhuatiri mengandungi bakteri ataupun virus berbahaya.

Berikut kami senaraikan 4 jenis makanan yang mesti dielakkan makan secara mentah ketika mengandung.

TELUR

Telur dilarang makan secara mentah atau separuh masak bagi mengelakkan risiko jangkitan bakteria salmonella. Salmonella sangat merbahaya bukan sahaja kepada janin bahkan siapa sahaja.

Tidak boleh dimakan wanita mengandung
Telur separuh masak

DAGING

Daging yang kurang masak atau mentah harus dihindari oleh wanita mengandung kerana dapat membawa risiko toksoplasmosis, listeria, dan salmonella. Selain daging, hati juga harus dielakkan. Kerana vitamin A di dalam hati cukup tinggi dan sangat merbahaya bagi perkembangan janin. Untuk mendapatkan vitamin A, anda harus menggantinya dengan sayuran yang berwarna hijau.

Daging ini tidak masak sepenunya (medium rare)
Daging bakar

KERANG

Kerang yang kurang masak atau mentah hendaklah dielakkan. Selain itu, udang, ketam dan tiram juga berisiko bagi wanita mengandung. Risikonya adalah dikhuatiri keracunan makanan yang membahayakan janin.

Kerang Bskst
Kerang. Photo: ruzidah.com

SAYURAN

Sayur-sayuran yang tidak dicuci dengan bersih dan tidak dimasak dengan sempurna boleh menyebabkan jangkitan parasit toksoplasmosis. Pastikan sayur yang hendak dimasak, dicuci bersih terlebih dahulu. Kangkung kadang-kadang di makan mentah sebagai ulaman.

Sayur Kangkung
Kangkung. Photo: ecs7.tokopedia.net

Makan makanan mentah ketika mengandung sangat tidak digalakkan. Masih banyak makanan yang boleh dimakan. Pastikan bahan untuk masakan dicuci dan dimasak agar terhindar dari jangkitan kuman dan bahaya kepada kandungan.

Lihat video di bawah untuk mengetahui dengan lebih lanjut lagi.

Sumber: Hello Sehat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

Comments

Dosa meninggalkan solat

Dosa-Dosa Orang Yang Meninggalkan Solat Fardhu

Bitcoin Kantoi???