in

Makna Sebenar Disebalik ISTIGHFAR

Makna Istighfar

Makna sebenar disebalik Istighfar adalah tindakan meminta maaf atau memohon keampunan daripada Allah atas segala kesalahan yang dilakukan oleh seorang hamba dengan bertekad agar tidak mengulangi perbuatan tersebut.

Istighfar adalah satu tindakan memohon keampunan. Pada umumnya tindakan ini dilakukan dengan cara mengulangi perkataan ‘Astaghfirullah’, yang membawa maksud:

“Aku meminta keampunan Allah”

Beristighfar sangat banyak kelebihannya. Ini berdasarkan dari sebuah Hadis yang datang daripada Ibnu Abbas bahawa beliau berkata, Rasulullah S.A.W bersabda:

“Barangsiapa yang melazimi beristighfar setiap masa sama ada susah dan senang, maka Allah akan memberikannya jalan keluar dari segala kegelisahan, serta Allah akan memberikan rezeki kepadanya dari jalan yang tidak disangka-sangka”.
Hadis Riwayat Abu Daud

istighfar artinya
Beristighfar lah walau anda dalam keadaan sukar

Menurut Dr. Kamilin Jamilin yang mensyarahkan hadis ini. Rasulullah S.A.W menyebut siapa yang melazimi beristighfar, banyak kali beristighfar setiap hari, iaitu banyak kali tidak terhad berapa kali melakukannya dan juga lidah melazimi istighfar tidak kira waktu.

Maka orang yang melazimi istighfar ini, Allah akan menghilangkan kesukarannya. Allah akan kurniakan jalan keluar baginya bagi setiap kesusahan, kemurungan yang dia hadapi, dan Allah juga akan kurniakan rezeki yang memang tidak disangka.

Ini bermakna, istighfar juga adalah sumber rezeki. Oleh itu yakinlah kepada Allah SWT. Jika kita menginginkan rezeki yang melimpah daripada Allah SWT, maka perbanyakkanlah istighfar dan usaha.

Persoalan yang mungkin timbul adalah berapa banyak kalikah kita harus beristighfar? Sebenarnya terpulang kepada kita. Ikut masa kelapangan yang kita ada atau bila kita mampu.

Baginda Rasulullah SAW dalam hadis riwayat Bukhari dan Muslim ada menyebut bahawa baginda beristighfar dalam sehari sekurang-kurangnya 70 atau 100 kali.

kelebihan istighfar
Allah akan menghilangkan kesukaran orang yang melazimi istighfar

Baca Juga – Lapangkan Rezeki Dengan Bacaan Zikir Ini 100 Kali

Kesimpulan

Istighfar tanpa perlu keluarkan modal. Lafaz sahaja setiap hari, setiap masa yang terluang, maka lazimilah dengan beristighfar.

Kita adalah insan yang mudah lupa sering kali terbabas melakukan dosa, pasti dalam sehari ada sahaja dosa kecil yang dilakukan walaupun tanpa sengaja. Maka beristigfarlah agar dipenghujung nyawa kita berada dalam keredhaan Allah SWT. Wallahu A’lam.

Sumber: Tzkrh

Written by Admin Suka Viral

Saya lelaki biasa yang ada perlindungan takaful dan insurans. Suka travel seperti orang lain. Pernah naik flight untuk travel seperti Air Asia, Malindo, Malaysia Airlines, Fire Fly, Scoot, Singapore Airlines, Qantas, Thai Airways, British dan sebagainya. Makan juga nasi, KFC, Mc Donalds, Burger Kings. Minat forex tapi tak pandai. Sikit duit dalam simpanan akaun di Maybank, CIMB Bank, Hong Leong Bank dan AmBank. Membeli belah dengan kemudahan AEON Cards.

bomba cedera semasa operasi melawan kebakaran

Pegawai Bomba Cedera Terkena Renjatan Elektrik Semasa Operasi Melawan Kebakaran

Takdir dan Ketentuan Allah