in ,

Malaikat Dan Kepantasan Cahaya

MALAIKAT

Pada satu hari, seorang ayah bertanya kepada anaknya. Ayahnya bertanya begini:

“Anakku, apakah nama malaikat-malaikat yang mencatat perbuatan-perbuatan?”. Lalu anaknya menjawab, “Raqib dan Atid”. Ayahnya bertanya lagi, “Apakah tugas Raqib dan Atid?” Anaknya menjawab, “Malaikat Raqib mencatatkan perbuatan baik dan duduk di bahu kanan, manakala Malaikat Atid mencatat perbuatan buruk dan duduk di bahu kiri manusia”.

Firman Allah SWT dalam surah Qaf Ayat 17:

إِذْ يَتَلَقَّى الْمُتَلَقِّيَانِ عَنِ الْيَمِينِ وَعَنِ الشِّمَالِ قَعِيدٌ

Maksudnya:

“(Ingatlah) ketika dua orang malaikat mencatat amal perbuatannya, seorang duduk di sebelah kanan dan yang lain duduk di sebelah kiri”.

Kemudian ayahnya bertanya lagi, “Ada 2 malaikat sahaja anakku yang mencatatkan amalan seseorang?” Anaknya itu terus menjawab, “Ya Ayah, ada dua malaikat yang mencatat amal seseorang”.

Si Ayah bertanya lagi, “Apakah Malaikat Raqib dan Atid mempunyai ayah, ibu atau abang? Adakah mereka malaikat yang sama atau berbeza?

Si anak berbelah bahagi untuk menjawab soalan ini.Mungkin ya mungkin tidak. Maklumlah mereka masih belajar.

Teruskan membaca sehingga habis…

CAHAYA DAN KEPANTASANNYA

Pergerakan cahaya adalah yang paling pantas di dunia ini. Kepantasannya tidak mampu diatasi oleh pesawat terbang yang paling laju sekalipun. Kelajuan kapal angkasa Juno telah direkodkan mencapai 265,000 km/jam pada tahun 2011.

Kelajuan kapal angkasa tidak mampu mengatasi kepantasan cahaya

Mengikut kajian, Kelajuan Cahaya merupakan kecepatan gelombang elektro magnetic yang terpantas di alam ini iaitu 299,792.4574 km/saat. Ia telah dikaji sejak abad ke 17 dan benar-benar diketahui pada abad ke 20. Namun ianya telah termaktub dalam Al-Quran sejak lebih 1400 tahun yang lalu iaitu 299,792.5 km/saat.

Matahari adalah sumber tenaga yang paling utama untuk semua kehidupan makhluk di mukabumi ini. Cahayanya menerangi bumi bermula dari terbit fajar sehingga ia tenggelam.

JARAK MATAHARI DENGAN BUMI

Jarak matahari ke bumi adalah sepanjang 150.000.000 km (149.597,870.7 km). Dengan jarak sejauh itu, berapa lamakah masa yang diperlukan oleh cahaya matahari untuk sampai ke bumi?

Kiraanya adalah seperti berikut:

# Jarak matahari ke bumi adalah 150.000.000 km.
# Kepantasan cahaya adalah 300.000 km/saat.
# Seminit bersamaan 60 saat.

Waktu yang diperlukan oleh cahaya matahari untuk sampai ke bumi adalah:

# 150.000.000 / 300.000 = 500
# 500 / 60 saat = 8.33 minit
= dibulatkan menjadi 8 minit

Ini bermakna matahari yang kita lihat muncul beberapa saat tadi adalah matahari 8 minit yang lalu.

CIPTAAN MALAIKAT

Bercerita tentang malaikat bererti kita bercerita tentang cahaya. Malaikat adalah makhluk yang dicipta dari cahaya oleh Allah SWT.

“Malaikat itu diciptakan dari cahaya, jin diciptakan dari nyala api, dan Adam diciptakan dari apa yang telah diterangkan kepadamu semua”. (HR. Muslim, Ahmad, Tirmidzi dan Ibnu Majah)

Adakah kepantasan malaikat juga cahaya? Ini kerana ketetapan Allah adalah tetap dan seimbang, sejak pertama kali diciptakan sehingga kini dan hingga hari kiamat.

Firman Allah dalam Surah  Al-Mulk (67): 3

الَّذِي خَلَقَ سَبْعَ سَمَاوَاتٍ طِبَاقًا ۖ مَا تَرَىٰ فِي خَلْقِ الرَّحْمَٰنِ مِنْ تَفَاوُتٍ ۖ فَارْجِعِ الْبَصَرَ هَلْ تَرَىٰ مِنْ فُطُورٍ

Maksudnya:

“Yang telah menciptakan tujuh langit berlapis-lapis. Kamu sekali-kali tidak melihat pada ciptaan Tuhan Yang Maha Pemurah sesuatu yang tidak seimbang. Maka lihatlah berulang-ulang, adakah kamu lihat sesuatu yang tidak seimbang?”

Indahnya ciptaan Allah

Firman Allah dalam Surah Al-Fath (48): 23

سُنَّةَ اللَّهِ الَّتِي قَدْ خَلَتْ مِنْ قَبْلُ ۖ وَلَنْ تَجِدَ لِسُنَّةِ اللَّهِ تَبْدِيلًا

Maksudnya:

“(Demikianlah) hukum Allah, yang telah berlaku sejak dahulu, kamu sekali-kali tidak akan menemukan perubahan pada hukum Allah itu”.

Berikut beberapa ayat dalam Al-Qur’an yang ada hubungan antara malaikat dengan kecepatannya:

Firman Allah dalam surah Al-Ma’aarij (70): 4

تَعْرُجُ الْمَلَائِكَةُ وَالرُّوحُ إِلَيْهِ فِي يَوْمٍ كَانَ مِقْدَارُهُ خَمْسِينَ أَلْفَ سَنَةٍ

“Para malaikat dan Jibril naik (menghadap) kepada Tuhan, dalam sehari setara dengan lima puluh ribu tahun”.

PENUTUP

Akhirnya, setelah selesai dengan pelajaran agamanya, anak itu berkata, “Ayah, saya sudah mengantuk, saya nak tidur dulu.” Makan Si Ayah berkata, “Baiklah anakku, jangan lupa berdoa ya, nanti Malaikat Raqib mencatat perbuatan kamu sebagai amal perbuatan yang baik.”

Sambil berlalu masuk ke dalam kamar, si anak berkata, “Nanti saya cuba bertanya kepada Malaikat Raqib ya ayah, berapa jumlahnya?”

Nota:

Dari informasi di atas, pada pendapat pembaca yang baik hati semua, berapakah jumlah Malaikat Raqib dan Atid?

Semoga ianya bermanfaat. Sama-samalah kita mencari jawapannya. Semoga Allah bersama kita. Wallahu a’lam.

Sumber ilham: Hendronoorherbanto

Inilah Rahsia Mengapa Nabi Muhammad SAW Melarang Umatnya Tidur Selepas Solat Subuh

Tip Elak Mengantuk Semasa Memandu

Tips Elak Mengantuk Semasa Memandu