in , ,

Malaysia Baham Timor Leste (7-1) Kelayakan Piala Asia 2023 dan Piala Dunia 2022

Corbin-Ong menjaringkan gol pertama menerusi tandukan - foto Bernama

Menarik! Malaysia baham Timor Leste 7-1. Itu sahaja yang boleh dikatakan dalam Perlawanan Bolasepak Kelayakan Piala Dunia 2022 dan Kelayakan Piala Asia 2023. Apa yang ditunjukkan oleh anak-anak buah Tan Cheng Hoe adalah Malaysia masih boleh bersaing diperingkat tertinggi, bukan sekadar Sukan Sea dan Piala Suzuki sahaja.

Perlawanan malam tadi membuktikan bahawa Tan Cheng Hoe juga merupakan seorang jurulatih magic yang dilahirkan di Malaysia selain Datuk Ong Kim Swee. Ada saja kejutan apabila pasukan kebangsaan beraksi.

tan cheng hoe
Tan Cheng Hoe adalah antara jurulatih yang terbaik di negara ini

BARISAN PEMAIN MALAYSIA

Malaysia menurunkan kesebelasan utama dengan formasi 4-2-3-1 yang dibarisi oleh Farizal Marlias, Matthew Davis, Shahrul Saad, Adam Nor Azlin, Corbin-Ong, Akram Mahinan, Nor Azam Azih, Mohamadou Sumareh, Syafiq Ahmad, Safawi Rashid dan Norshahrul Idlan Talaha.

Manakala barisan pemain dibangku simpanan ialah Ifwat Akmal, Zarif Irfan, Dominic Tan, Syazwan Andik, Shahrel Fikri, Syamer Kutty, D.Kenny Pallraj, Syazwan Zainon, Irfan Zakaria, Faiz Nasir, Akhyar Rashid dan Faisal Halim.

BARISAN PEMAIN TIMOR LESTE

Timor Leste menurunkan kesebelasan utama dengan formasi 4-4-2 yang dibarisi oleh Aderito Raul Fernandes, Nelson Sarmento Viegas, Filomeno J. Da Costa, Caspar Lucas Soares Da Silva, Candido M. De Oliveira, Rufino Walter Cama, Armindo Correia De Almeida, Celvanio A. Da Costa M. Alberto, Joao Pedro Da Silva Freitas, Mouzinho B. De Lima dan Franccy Atma A. Ima Kefi.

Manakala barisan pemain dibangku simpanan ialah Natalino Soares, Fernando Costa, Duarte Tilman, Joao Soares, Adelino Oliveira, Edit Savio, Cumario Moreira, Elias Mesquita, Danilson Araujo, Jorge Victor, Paulo Freitas, Osvaldo Belo dan Fernando.

safawi rashid
Safawi ledak 2 gol dalam perlawanan malam tadi. Foto: Fox Sport Asia

Perlawanan kali ini berbeza dengan sebelum ini yang mana jika bertemu dengan Timor Leste dilihat agar sukar untuk menewaskan pasukan ini. Kali ini kemenangan berpihak kepada pasukan negara dengan keputusan 7-1.

Malaysia melepaskan beberapa peluang keemasan termasuk sepakan sepakan penalti yang diambil oleh Safawi pada min ke 17 selepas Norshahrul Idlan dijatuhkan dalam petak penalti.

SENARAI PENJARING

Malaysia: Corbin-Ong (min 11), Sharel Fikri (min 22), Norshahrul Idlan (min 42), Safawi Rashid (min 45 dan 58), Faiz Nasir (min 77) dan Akhyar Rashid (min

Timor Leste: Joao Da Silva (min 51).

Saksikan gol-gol yang dijaringkan menerusi video perlawanan di bawah.

Tahniah diucapkan kepada pemain-pemain dan jurulatih serta semua yang terlibat. Tidak lupa juga pemain yang ke 12, iaitu penyokong tegar Harimau Malaya. Mungkin termasuk anda yang membaca artikel ini.

Apa komen anda? Boleh pergi jauh ke mereka? Layari page Suka Viral untuk info yang lain.

Sumber: Astro Arena

Written by Admin Suka Viral

Saya lelaki biasa yang ada perlindungan takaful dan insurans. Suka travel seperti orang lain. Pernah naik flight untuk travel seperti Air Asia, Malindo, Malaysia Airlines, Fire Fly, Scoot, Singapore Airlines, Qantas, Thai Airways, British dan sebagainya. Makan juga nasi, KFC, Mc Donalds, Burger Kings. Minat forex tapi tak pandai. Sikit duit dalam simpanan akaun di Maybank, CIMB Bank, Hong Leong Bank dan AmBank. Membeli belah dengan kemudahan AEON Cards.

Cara padam mesej whatsapp yang melebihi tempoh masa

Teknik Padam Mesej WhatsApp Yang Melebihi Tempoh Masa

Manfaat Mandi Sebelum Masuknya Waktu Subuh