in ,

Manfaat Mandi Sebelum Subuh

Banyak cerita yang tersebar di media sosial dan elektronik bahawa mandi sebelum subuh sangat bermanfaat. Nabi SAW juga mandi sebelum. Menurut sejarah, Nabi SAW tidak pernah sakit sepanjang hayatnya kerana dia pandai menjaga kesihatan dan salah satu aktiviti rutin baginda ialah sentiasa mandi sebelum subuh.

Dr. Abdul Hamid Dayyat, dari Universiti Mesir menceritakan tentang manfaat kesihatan yang diperoleh oleh seseorang jika bangun pada subuh (fajar) dan mandi pada waktu subuh, termasuk gas O3 atau gas ozon. Pada waktu subuh kandungan gas ozon sangat tinggi dan menurun sedikit demi sedikit sehingga ia habis pada waktu matahari terbenam disebelah petang.

gas ozon
Kandungan gas ozon berkurangan mengikut pergerakan matahari

Gas ozon mempunyai kesan positif pada saraf, mengaktifkan otak dan tulang. Apabila seseorang bernafas di udara fajar ia akan berasa keseronokan dan kesegaran. Jika anda mandi sebelum masuknya waktu subuh, ia bukan sahaja membersihkan malah memberikan kesegaran dan manfaat untuk tubuh badan anda.

MANFAAT MANDI SEBELUM SUBUH

1. Kulit Menjadi Lebih Lembut Serta Halus

Mandilah dengan air sejuk tanpa ‘heater’ kerana jika anda bawah mata anda ada lingkaran hitam, mandi menggunakan air sejuk dapat mengurangkan tanda hitam tersebut. Begitu juga dengan kuku anda akan menjadi lebih sihat, kuat dan tidak mudah retak. kulit pula menjadi lebih lembut dan halus.

mandi fajar
seeloknya mandi sebelum masuknya waktu subuh dengan air yang sejuk

2. Melancarkan Peredaran Darah

Tubuh badan anda akan menjadi lebih sihat dan bertenaga jika peredaran darah berjalan lancar. Hasilnya nanti anda boleh melakukan aktiviti seharian tanpa merasa terlalu letih.

3. Tingkatkan Kesuburan

Apabila anda mandi pada waktu pagi yakni sebelum masuknya waktu subuh, kesihatan tubuh anda akan mendapat reaksi yang positif dan meningkatkan hormon testosteron pada lelaki manakala wanita pula hormon estrogen.

Artikel Berkaitan: Kelebihan Mandi Air Hujan

4. Mengurangkan Risiko Tekanan Darah Tinggi

Jika anda memiliki masalah tekanan darah tinggi, amalan mandi sebelum subuh mungkin menjadi salah satu cara untuk anda merawatnya.

mandi subuh
Mandi sebelum subuh membantu mengurangkan tekanan darah tinggi

5. Mengurangkan Tekanan dan Beroleh Ketenangan

Air yang sejuk akan melancarkan kembali peredaran darah setelah anda lama berbaring kerana tidur. Kepada mereka yang mengalami masalah depresi, mandi sebelum subuh adalah salah satu cara terbaik untuk merawatnya.

6. Meningkatkan Sel Darah Putih

Mandi dengan air sejuk akan meningkatkan sel darah putih di dalam tubuh anda. Apabila sel darah putih banyak, maka daya tahan penyakit dan tubuh badan boleh melawan virus dan anda tidak mudah untuk dijangkiti sebarang penyakit.

Mulai saat ini, ubahlah tabiat mandi anda daripada mandi selepas masuk waktu subuh kepada mandi sebelum masuknya waktu subuh. Mana tahu menjadi rezeki anda untuk cergas dan sihat.

INFO PENTING

mandi sebelum subuh
Jangan lakukan jika anda alergik dengan suhu yang sejuk.

Bagi mereka yang alergik terhadap selsema dan mempunyai rheumatoid arthritis (kesakitan sendi yang kerap dan berulang diwaktu pagi) atau penyakit-penyakit yang tidak boleh terdedah kepada suhu sejuk, mungkin tidak sesuai untuk mandi di waktu sebegini. Sila rujuk dengan doktor ye.

Artikel Berkaitan: Perkara Yang Perlu Dielak Ketika Mandi

Apa komen anda? Jangan lupa LIKE dan SHARE ye. Like Page kami di Facebook Suka Viral

Malaysia Baham Timor Leste (7-1) Kelayakan Piala Asia 2023 dan Piala Dunia 2022

Inilah Punca Seorang Lelaki Tertinggal Ibunya Di Hentian Rehat Bukit Besi