in

Mangsa Samun Tetak Penyamun Bersenjata Hingga Mati Ditahan Polis

Ingat tak lapuran kami pada dua hari yang lalu bertajuk Perompak Mati Ditetak Mangsa? Lihat lapuran terkini sebuah akhbar tempatan berkaitan mangsa yang cedera ketika bergelut dengan penyamun tersebut.

Kosmo Online melapurkan mangsa kes samun yang bergelut sehingga menyebabkan seorang pencuri terbunuh ditahan hari ini bagi membantu siasatan. Kejadian itu berlaku di rumah mangsa sendiri di Taman Puteri Wangsa, Ulu Tiram, Johor Bharu petang semalam.

KPD Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Shahurinain Jais berkata mangsa berusia 32 tahun itu ditahan reman selama tujuh hari bermula hari ini hingga 10 Januari mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah (KPJ).

Ditahan reman 7 hari
Mangsa ditahan mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah (KPJ)

Selepas kejadian, lelaki berkenaan dihantar ke Hospital Sultanah Aminah dan menerima 8 jahitan di kepala kiri serta dilaporkan dalam keadaan stabil, katanya.

Hasil laporan bedah siasat mendapati pencuri itu meninggal dunia akibat tikaman di bahagian leher.

Dalam kejadian tersebut, rumah lelaki berkenaan (mangsa) dimasuki pencuri melalui tingkap tandas belakang bersebelahan dapur sebelum pencuri itu bertindak memecahkan pintu bilik utama.

Mangsa yang berada di rumah ketika itu, kemudiannya diugut menggunakan pemutar skru untuk menyerahkan barangan berharga selain bertindak menggeledah bilik kedua dan ketiga rumah itu.

Kemudiannya dia dipaksa membuka pintu dapur untuk melarikan diri namun berjaya mencapai sebilah pisau pemotong sayur berukuran 22 sentimeter.

“Mangsa mengarahkan suspek (pencuri) untuk memulangkan semula barangan miliknya tetapi suspek enggan sehingga menyebabkan berlaku pergelutan di antara kedua-dua mereka,” kata beliau.

Hasil siasatan awal mendapati suspek (pencuri) mempunyai 14 rekod jenayah lampau termasuk kes dadah.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan
Ilustrasi

Kes akan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana MEMBUNUH.

Sumber: Kosmo

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

Comments

Nenek 73 Tahun Mengaku Dibayar RM50 Untuk Meniti Atas Jambatan Gantung Yang Rosak

Tarikh Tutup Pendaftaran BR1M Dilanjutkan