in ,

Memansuhkan Bayaran Balik Pinjaman PTPTN Adalah Mustahil – Wan Saiful

Mustahil mansuh pinjaman PTPTN

Semua Peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) harus menerima realiti kemungkinan besar agensi itu tidak dapat melaksanakan pemansuhkan ke atas bayaran balik pinjaman PTPTN. Ini bermakna memansuhkan bayaran balik pinjaman adalah mustahil.

Ini kerana peruntukan sebanyak RM9.7 bilion yang disediakan setiap tahun tidak dapat menampung pinjaman kepada pelajar-pelajar baharu.

Pengerusi PTPTN, Wan Saiful Wan Jan berkata, pembayaran balik itu perlu kerana ia akan digunakan semula untuk memberi pinjaman kepada 180,000 hinggga 200,000 pemohon baharu setiap tahun.

“Matlamat utama PTPTN sekarang adalah memberi komitmen bagi mengurangkan bebanan peminjam,” katanya semasa berucap pada Konvensyen Malaysia Rahmah Perlis di Kangar, hari ini.

Dalam pada itu, Wan Saiful berkata, perbadanan itu berhasrat untuk membantu peminjam yang disenarai hitam disebabkan kegagalan membayar balik pinjaman untuk memiliki rumah pertama sebagai sebahagian usaha bagi merancakkan sistem ekonomi negara.

Katanya lagi, PTPTN dengan kerjasama Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan akan menilai semula rekod pinjaman secara keseluruhan, supaya mereka yang mempunyai tunggakkan dengan PTPTN sahaja boleh membuat pinjaman pembelian rumah pertama.

Apa komen anda? Setuju atau tidak, sebagai peminjam kita tetap kena bayar jika pihak kerajaan mahukan kita berbuat demikian. Seeloknya kita melunaskan pinjaman beransur-ansur supaya kita tidak terbeban akhirnya.

Baca Juga – Cuti Umum 2019 (Kalendar Cuti Sekolah)

Sumber: kosmo

Written by Admin

Saya lelaki biasa yang ada perlindungan takaful dan insurans. Suka travel seperti orang lain. Pernah naik flight untuk travel seperti Air Asia, Malindo, Malaysia Airlines, Fire Fly, Scoot, Singapore Airlines, Qantas, Thai Airways, British dan sebagainya. Makan juga nasi, KFC, Mc Donalds, Burger Kings. Minat forex tapi tak pandai. Sikit duit dalam simpanan akaun di Maybank, CIMB Bank, Hong Leong Bank dan AmBank. Membeli belah dengan kemudahan AEON Cards.

HUKUM KUCING BERAK RUMAH JIRAN

Hukum Kucing Berak Di Rumah Jiran – UAI

Kaitan Belalang dan Pelesit

BELALANG PELESIT Menurut Kepercayaan Masyarakat Melayu