in

Manusia dan Umurnya

Semua manusia yang masih hidup akan melalui detik-detik perjalanan usia dan tabiat mereka berlandaskan pada usia semasa. Kebanyakan manusia mempunyai detik-detik perjalanan usia yang sama walaupun dalam situasi yang berbeza.

Baca artikel ini dan anda boleh berfikir, adakah ianya sama atau tidak jauh bezanya dengan apa yang dicatatkan ini.

USIA 20AN

Apabila anda berusia 20 tahun, negara asing dan kampung halaman adalah sama. Tidak kira di mana anda berada, anda sentiasa boleh menyesuaikan diri. Pada waktu ini, jarang-jarang anda akan kembali ke kampung halaman dengan mudah jika berada di luar dari kampung halaman.

Melancung atau bekerja di luar
Diusia muda seawal 20an, biasanya akan dapat menyesuaikan diri walau berada di mana sahaja

USIA 30AN

Pada usia 30 tahun, waktu malam dan waktu siang adalah sama. Beberapa hari tidak tidur adalah tidak penting. Dan ianya bukan masalah kepada anda.

USIA 40AN

Pada usia 40 tahun, orang yang berpendidikan tinggi dan yang berpendidikan rendah adalah sama. Kadang-kadang orang yang berpendidikan lebih rendah mempunyai pendapatan yang lebih banyak.

Usia 30 tahun ke atas manusia kurang tidur di waktu malam
Usia sebegini, ramai yang berjaga di waktu tidur. Bagi mereka siang dan malam adalah sama sahaja.

USIA 50AN

Pada usia 50 tahun, berwajah cantik dan berwajah tidak cantik adalah hampir sama. Tidak peduli betapa cantiknya anda, pada usia ini, kedutan pada seluruh anggota badan, bintik gelap dan lain-lain akan mula muncul.

USIA 60AN

Pada usia 60 tahun, pegawai tinggi dan orang-orang yang berpangkat rendah adalah sama. Selepas bersara, status mereka adalah sama.

Bersara
Usia Persaraan

USIA 70AN

Pada usia 70 tahun, memiliki rumah besar dan memiliki rumah kecil adalah sama. Sendi-sendi mula lenguh dan rasa sakit, anda tidak boleh berjalan baik dan anda hanya memerlukan sedikit ruang sahaja dalam kehidupan seharian.

USIA 80AN

Pada usia 80 tahun, mempunyai banyak wang atau mempunyai sedikit wang adalah sama. Walaupun anda membelanjakan wang anda, anda tidak mungkin dapat membelanjakannya dengan banyak.

Tidur dan bangun adalah sama di usia sebegini.
Di usia emas. © wolipop

USIA 90AN

Pada Usia 90 tahun, lelaki dan wanita adalah hampir sama atau kadang-kadang adalah sama. Hanya rambut yang membezakan anda.

USIA 100 KE ATAS

Pada usia 100 tahun, tidur dan bangun adalah sama. Selepas anda bangun anda tidak tahu untuk melakukan apa-apa.

Hidup ini mudah. Dalam hidup ini, dalam jangkamasa panjang, kita semua akan menjadi sama walau situasi yang berbeza. Hiduplah dengan harmoni dan kasih sayang. Hormatilah sesama kita. Beribadahlah dengan penuh taat. Bersedialah dengan bekalan yang mencukupi untuk kehidupan yang kekal selepas mati – sukaviral

Tiket Bas Online Dan Cara Membelinya. Kini Anda Tidak Perlu Berebut Untuk Membeli Tiket Bas Lagi

Jangan Tinggal Amalan Ini Selepas Solat

Jangan Tinggalkan 2 Amalan Sunnah Selepas Solat Subuh dan Maghrib