in ,

6 Ciri Manusia Yang Disukai Jin

Allah SWT menciptakan makhluknya dalam berbagai jenis dan bentuk beserta dengan pasangannya. Antara makhluk yang dicipta berpasangan adalah manusia, jin dan binatang. Walaupun hidup di alam yang berbeza, ternyata ada juga manusia yang disukai jin. Apabila menyukai manusia, mereka juga akan bersikap seperti manusia yang dilamun cinta iaitu akan melakukan perkara yang sama apabila jatuh cinta.

Golongan jin seperti ini biasanya tidak akan membiarkan wanita atau lelaki yang dicintainya menyukai manusia lain. Mereka akan berusaha untuk menjadikan manusia itu suka menyendiri tanpa mempunyai teman hidup.

ciri-ciri orang yang disukai jin
Allah jadikan makhluknya berpasangan termasuk manusia dan jin

Perasaan cintanya kepada manusia terjadi jika mereka sering mengikuti dan mangamati seseorang manusia yang disukainya. Terutamanya jika manusia itu tidak berpakaian yang menutup aurat. Kesukaannya pada saat itu atau cintanya akan semakin membara. Jika begini, maka ini menjadi petanda yang tidak baik kepada manusia itu kerana jin tidak akan membiarkan mereka didekati atau mendekati manusia lain.

CIRI MANUSIA YANG DISUKAI JIN

1. Sering Bermimpi Bertemu Pasangan Yang Berlawanan Jantina.
Tanpa sebab tertentu manusia itu seringkali bermimpi bertemu dengan pasangan. Bahkan dalam mimpi anda melakukan perkara-perkara yang dilakukan ketika bercinta sesama manusia.

kesan jin jatuh cinta
Sering bermimpi bertemu pasangan

2. Enggan Untuk Berkahwin
Seseorang yang disukai oleh jin susah atau enggan untuk berkahwin walaupun ada orang yang mahukannya. Ini merupakan tipu daya jin agar dia mampu menguasai diri anda. Mereka mampu membuatkan manusia tidak menyukai untuk mencari pasangan. Hanya melayan kehendak jin sahaja melalui cara yang mustahil bagi manusia lain. Ada saja masalah yang membuatkan manusia itu gagal untuk berkahwin atau membatalkan di saat-saat akhir.

3. Suka Menyendiri
Manusia yang disukai jin sebenarnya suka kepada suasana yang agak sunyi dan tidak suka kepada tempat yang mempunyai ramai orang. Beliau sebenarnya secara tidak sedar melayan kehendak jin agar mereka berada berdua sahaja tanpa ada manusia lain seterusnya memudahkan jin itu menghasut agar mengikut kehendaknya.

penyebab dicintai jin
Tidak suka bergaul, sering menyendiri

4. Rasa Sering Diikuti
Orang yang dicintai jin sentiasa merasakan dirinya sering diperhatikan dan diikuti oleh sesuatu samada ketika melakukan aktiviti harian. Ketika tidur pula sering merasakan seolah-olah ada orang yang menemani ketika tidur. Kadang-kadang merasakan ada disisinya ditempat tidur.

5. Yang Berkahwin Rumah Tangga Tidak Harmonis
Jika orang dicintai jin itu sudah berkahwin, biasanya hubungan dengan pasangan asal menjadi huru hara. Seringkali merasakan seperti ada yang tidak kena ketika bersama pasangan. Kadang-kala mengabaikan dan tidak ada keinginan dengan pasangan yang sedia ada. Jika adapun hanya kerana faktor kewajipan atau masih ada rasa takut pada dos4.

tanda wanita dicintai jin jantan
Ada sahaja masalah dalam rumahtangga.

6. Sukar Mendapat Zuriat
Ternyata agak sukar untuk memiliki keturuanan. Salah satu puncanya adalah perbuatan jin yang menyukai salah satu diantara pasangan manusia itu. Walaupun mereka subur dan tidak mengalami masalah kemandulan. Antara tanda-tandanya adalah kerap mimpi bertemu dengan bayi.

Cara Menghindar Diri Dari Didekati Jin

Semestinya kita mendekatkan diri kepada Allah SWT agar selalu dilindungi dari perbuatan jin yang merugikan. Kerapkan diri membaca ayat-ayat suci Al-Quran dan berzikir.

Sebelum tidur seeloknya dibawa ayat-ayat tertentu seperti Ayatul Qursi, 3 Qul, dan sebagainya. Jauhi juga perkara-perkara yang disukai jin seperti berada di tempat sunyi, berada di tempat maksiat dan sebagainya. Wallahu a’lam.

Jika anda ada lagi tentang maklumat berkaitan gangguan jin, sila komen diruangan komen atau inbox admin. Kita boleh tambah dalam artikel ini. Terima kasih – Suka Viral

Written by Admin Suka Viral

Saya lelaki biasa yang ada perlindungan takaful dan insurans. Suka travel seperti orang lain. Pernah naik flight untuk travel seperti Air Asia, Malindo, Malaysia Airlines, Fire Fly, Scoot, Singapore Airlines, Qantas, Thai Airways, British dan sebagainya. Makan juga nasi, KFC, Mc Donalds, Burger Kings. Minat forex tapi tak pandai. Sikit duit dalam simpanan akaun di Maybank, CIMB Bank, Hong Leong Bank dan AmBank. Membeli belah dengan kemudahan AEON Cards.

Boba Milk Tea Pudding

Resepi Mudah Boba Milk Tea Pudding

Tetamu Majlis Kahwin Paling Bodoh, Tinggalkan Lampin Berisi Najis Dalam Pinggan