in ,

Diego Maradona Meninggal Dunia

maradona
Foto:thesefootballtimes.co

Diego Maradona, adalah antara pemain bola sepak terbaik dunia dan menjadi salah seorang lagenda bolasepak Argentina telah meninggal dunia di usia 60 tahun.

Menurut bloomberg, awal bulan ini lagenda bolasepak ini terkena serangan jantung dan telah menjalani pembedahan untuk mengeluarkan darah beku dari otaknya.

Maradona Lagenda dan Ikon Bolasepak Argentina

Mengikut rekod, Maradona memimpin Argentina ke Piala Dunia 1986 dan memenangi kejuaraan liga di Itali. Di Argentina, dia adalah ikon seolah-olah seorang pahlawan per4ng. Kehebatannya menggelecek dan menjaringkan gol tidak boleh dinafikan lagi.

Ketika membawa Argentina menjuarai Piala Dunia 1986 di Mexico. Foto: USA Today

Setelah mengundurkan diri, dia mengalami masalah jantung yang disebabkan oleh tabiatnya sendiri seperti ket4gihan k0kain. Dia mengalami perubahan berat badan yang ketara.

Budak Emas

“Budak emas” Argentina ini akan dikenang sampai bila-bila untuk dua gol yang mengecewakan England di Piala Dunia 1986. Perlawanan suku akhir di Mexico City sangat dinanti-nantikan.

Perlawanan ini datang hanya selepas empat tahun Perang Falklands antara British dan Argentina. Maradona memastikan ia adalah permainan yang tidak akan dilupakan oleh semua peminat bolasepak.

Enam minit ke babak kedua, Steve Hodge dari England melakukan kesalahan, menghantar bola ke kawasan penalti sendiri. Maradona yang tingginya sekitar 5 kaki 5 inci terus menerpa dan melonjak di atas penjaga gol England Peter Shilton yang tingginya 6 kaki yang ketika berusaha untuk menepis bola tersebut.

Peristiwa tersebut tetap dalam ingatan peminat bolasepak yang berpeluang menonton samada secara langsung ketika itu atau di media-media ketika ini.

Kehilangan lagenda ini membuatkan dunia bolasepak serta peminat setianya bersedih.

Baca – Ronaldinho Terharu, Eto’o Adalah Sahabat Sebenar Ketika Dalam Kesusahan

Written by Admin

Saya orang biasa sahaja namun berminat dalam bidang penulisan. Hanya menulis jika ada kelapangan.

pga

Lagi anggota PGA ditemb4k di Sempadan Malaysia – Thailand

Lee Tuck

Lee Tuck Sah Sertai Pahang Bagi Musim 2021