in

Walau Tersingkir Awal, Marquez Kendalikan Jenteranya Dengan Baik Elak Kemalangan Lebih Teruk

Marquez

Kali ini, juara bertahan MotoGP, Marc Marquez tidak memulakan perlumbaan dengan baik. Beliau telah tersingkir awal daripada perlumbaan selepas gagal meneruskan perlumbaan.

Valentino Rossi, juga salah seorang bekas juara dunia juga gagal dalam aksi di Jerez ini dimana beliau DNF dalam perlumbaan. Sebelum ini Rossi melalui pusingan kelayakan yang begitu hambar.

Marquez Alami Dua Kali Kemalangan

Walau bagaimanapun, Marquez agak cemerlang di permulaan perlumbaan di mana beliau bersaing dengan Maverick Vinales untuk memimpin perlubaan. Pada pusingan ketiga Marquez dan Maverick Vinales dilihat saling pintas memintas dan akhirnya Marquez berjaya menjarakkkan dirinya dengan Vinales.

Nasib tidak menyebelahi Marc Marquez apabila jenteranya terbabas pada pusingan kelapan di selekoh keempat.

Namun beliau kemalangan tersebut tidaklah begitu teruk kemungkinan kecekapan beliau mengendalikan jentera Honda RC213V yang hampir rebah. Beliau terkeluar dari trek dalam keadaan motornya sedang melaju.

Kecekapan Marquez mengendalikan situasi yang dihadapi membolehkan beliau kembali semula ke dalam persaingan. Beliau terus tenang mengawal jenteranya berada dikedudukan yang keenam.

Namun Marquez akhirnya akur dan tidak dapat meneruskan perlumbaan apabila sekali lagi terbabas di selekoh yang sama meskipun beliau sudah berusaha sebaik mungkin mengendalikan jenteranya itu. Beliau dikejarkan ke hospital untuk menerima rawatan lanjut.

Sementara itu Valentino Rossi pula tersingkir di pusingan ke-19. Sebelum itu Rossi meminta agar pasukan kejuruteraan dan mekanik beliau memperbaiki aspek suhu tayar belakang motosikal dan ketika menyelekoh.

Rossi dan rakan sepasukannya mengambil risiko untuk menggunakan tayar lembut dalam perlumbaan ini. Ternyata perlumbaan kali ini bukan sesi perlumbaan yang untuk dikenang buat The Doctor.

Pasukan Yamaha SRT cemerlang apabila pelumbanya, Fabio Quartararo menjuarai perlumbaan. Pasukan ini mendapat perhatian dunia selepas diperlekeh sebelum ini gara gara dikaitkan dengan Valentino Rossi.

Pasukan satelit Yamaha ini nampaknya menikmati sesi perlumbaan yang indah di Jerez selepas sesi latihan yang mengujakan. Ia merupakan minggu yang cemerlang untuk Team Petronas dalam arena sukan permotoran.

Yamaha Sepang Racing Team (SRT) ataupun disebut pusukan Pertonas Yamaha itu beribu pejabat di Sepang menjadi pasukan satelit Yamaha yang pertama memenangi perlumbaan di era MotoGP.

Pelumbanya Fabio Quartaro, 21, menikmati kejayaan sulung beliau sebagai juara perlumbaan. Beliau mengakhiri kemarau untuk pelumba Perancis dalam MotoGP sejak 1999 ketika kemenangan Regis Laconi di Valencia.

Kemenangan ini juga merupakan kemenangan pertama untuk pasukan Yamaha satelit di era MotoGP.

Sumber: Axelo

Written by Admin

Saya orang biasa sahaja namun berminat dalam bidang penulisan. Hanya menulis jika ada kelapangan.

Roti Canai Ular

Roti Canai Ular Mula Dapat Sambutan

ikan patin masak tempoyak

Resepi Asli Ikan Patin Masak Tempoyak Temerloh, Pahang