Pernahkah berlaku tiba-tiba masalah peti sejuk anda beku kat atas sahaja sedang kat bahagian bawah tak sejukpun? Ataupun bahagian bawah kurang sejuk padahal kat atas tu beku sungguh-sungguh.
Biasanya banyak yang terjadi masalah seperti ini apabila peti sejuk kita sudah berusia. Hingga sayur-sayur dan lauk lebihan semalam yang ada kat bawah cepat rosak, layu dan basi.
Jadi Min nak bagi tips sikit bagaimana hendak mengatasi masalah tersebut sebelum kita fikir nak order baru. Inipun kos. Kadang-kadang benda kecil tapi boleh jadi kosnya besar kalau kita tidak tahu langsung sebab kan!
Cara Selesaikan Masalah Peti Sejuk
Menerusi satu perkongsian oleh saudara Jannatun Naim, dia memberitahu masalah peti sejuk seperti yang disebutkan itu biasanya disebabkan ‘defrost thermostat atau defrost sensor’ mengalami kerosakan.
Apabila benda itu rosak, itulah jadinya pada peti sejuk kita. Jadi beliau telah menunjukkan tutorial bagaimana cara untuk menukar sensor tersebut. Dia hanya dapatkan sensor tersebut secara dalam talian sahaja sebab PKP kan. Harganya tak mahal sangat dalam RM12 sahaja.
Jika anda mahu menukar sensor tersebut, pastikan anda mempunyai pemutar skru bunga (phipip screwdriver), cable tie, shirnk tube atau selotape hitam. Dia gunakan Hair Dryer sebagai alternatif nak cepatkan defrost.
Cover sebelum di buka. Jenis ni guna clip (petak kecil kiri dan kanan kat atas sekali). Ada yang menggunakan skru, tertakluk kepada model peti sejuk.
Kalau buka cover di bahagian atas peti sejuk anda boleh lihat beginilah rupanya. Anda boleh lihat dalam tu semua dah beku. Ini adalah salah satu masalah peti sejuk yang membuatkan bahagian bawah tidak sejuk.
Tunggu air itu cari sendiri. Anda boleh menekan butang defrost yang disediakan pada setiap control lever kan. Namun saudara Jannatun dia menggunakan Hair Dryer supaya ais cepat cair.Siap tadah bekas lagi.
Anda perasan tak tiub yang berwarna pink tu? Itulah sensor. Potong wayar dan tarik keluar sensor.
Peringatan: Anda diingatkan sekali lagi, tutup suis elektrik dan cabut plug dari soket.
Inilah keadaan sensor tu. Yang biru tu adalah yang baru.
Potong wayar yang asal tu dan sambung dengan yang baru. Jangan risau takde polarity. Kemaskan Guna heat shrink tube (wana hijau tu). Boleh juga guna salotape hitam.
Letakkan pada posisi asal. bahagian metal sensor tu hala ke bahagian bawah ye. Ikat dengan kemas menggunakan cable tie supaya benda tu tak bergerak. Tutup balik cover. Dan siap. Senangkan!
Nota: Tiub yang sebelah bawah tu pulak namanya thermal fuse bertujuan untuk mengelakkan coil terlebih panas (fius akan putus) semasa peti sejuk ni auto untuk mencairkan ais ( defrost heater) yg terjadi masa compressor off.
Banyak yang tanya macam mana rupa defrost thermostat ni. Macam ni la rupanya. Ada banyak jenis seperti bulat, petak dan sebagainya. Bagi pendapat saya tak kisah bentuk macam mana kerana fungsinya tetap sama. Ianya adalah sensor. Untuk mengetahui sensor ok atau tidak, boleh gunakan multimeter untuk periksa continuity dia. Dalam keadaan tak sejuk tiada continuity, bila dah sejuk baru ada.
MASALAH PETI SEJUK YANG LAIN
Ada juga masalah lain yang menyebabkan frost berlebihan. Antaranya ialah:
1. Frost banyak Kemungkinan besar juga paip cooling coil tersumbat. Jika selepas tukar sensor ianya menjadi normal dan bertahan lama mungkin sensor sahaja yang masalah.
2. Jika selepas tukar sensor, masih berlaku masalah sedemikian berkemungkinan lain heater atau thermofuse juga mungkin mengalami kerosakan.
3. Ada juga kemungkinan defrost timer mengalami kerosakan.
Baca – 18 Tips Jimat Elektrik Dan Tenaga
Semoga artikel masalah peti sejuk yang dinyatakan ini bermanfaat untuk anda semua. Kami ingin membuat penafian bahawa kami bukan pakar peti sejuk. Artikel ini hanya menyiar semula perkogsian saudara Jannatun Naim. Anda boleh klik link beliau dan bertanya padanya jika ada sebarang pertanyaan. Semoga bermanfaat.
Like dan Share Page kami @Suka Viral.