in ,

Cara Rawatan Mata Ikan

Penyakit Mata Ikan adalah sejenis penyakit kulit yang biasanya menyerang di bahagian telapak kaki yang disebabkan oleh virus papiloma. Umumnya ia tumbuh pada kulit telapak tangan, jari-jari tangan, permukaan kaki, tumit dan jari-jari kaki. Gejalanya ialah penebalan dan pengerasan kulit.

Antara penyebabnya ialah kerana memakai kasut yang terlalu ketat, cara berjalan, atau gesekan yang berterusan dari sesuatu benda. Kulit yang mengeras di tapak kaki atau tangan memang terasa sangat sakit.

Bagi mereka yang menderita penyakit kencing manis, biasanya mereka tidak terasa jika terkena mata ikan. Mungkin kerana saraf tepi kakinya terganggu. Keadaan ini sangat berbahaya kerana mereka tidak memberi perhatian jika adanya luka dari mata ikan.

penyakit mata ikan
Mata ikan dan ketuat boleh dirawat dengan mudah

CARA RAWATAN

Jika anda mengalami masalah mata ikan ataupun ketuat, sila cuba mana-mana petua berikut. Insya Allah jika anda bernasib baik, anda akan sembuh dengan cara rawatan di bawah:

1. Bawang Putih:

Gosok bawang putih pada tempat yang terkena mata ikan. Lakukan setiap malam sebelum tidur. Anda hendaklah membuang akar mata ikan terlebih dahulu. Anda akan dapat melihat perubahannya.

2. Getah pelepah betik:

Ambil pelepah betik terus dari pokok. Sapukan getahnya pada ketuat. Biarkan sehingga gerak itu kering. Amalkan beberapa kali sehingga mata ikan atau ketuat mengering dan luruh dengan sendirinya.

3. Serbuk kunyit:

Bancuhkan serbuk kunyit dan sedikit garam dengan sedikit air. Sapukan pada mata ikan beberapa kali.

4. Minyak masak:

Titiskan minyak masak yang sedang panas pada ketuat. Jangan tuang nanti melecur. Gunakan lidi atau biarkan sehingga ianya kering. Lakukan beberapa kali sehingga mata ikan mengering dan luruh dengan sendirinya.

5. Abu ubat nyamuk:

Bancuhkan abu ubat nyamuk dengan sedikit air. Sapukan pada mata ikan dan biarkan ia kering. Lakukan beberapa kali sehingga sehingga sembuh.

6. Kapur:

Sapukan kapur ke atas ketuat dan biarkan kering. Lakukan beberapa kali sehingga sembuh.

7. Daun kesum:

Ambil beberapa helai daun kesum. Tumbuk sehingga lumat dan campurkan dengan sedikit garam halus. Sapukan pada ketuat dan biarkan ia kering. Lakukan beberapa kali menampakkan perubahan dan sembuh.

Langkah Pencegahan

Berikut adalah cara pencegahan dari berlakunya penyakit mata ikan:

  • Memakai kasut yang saiznya sesuai dengan kaki anda.
  • Membeli kasut pada waktu siang kerana pada waktu ini kaki kita beada dalam ukuran terlebar.
  • Menyapu krim pelembap khas untuk kaki.
  • Memakai sarung tangan atau stokin supaya terhindar dari gesekan.
ketuat
Pastikan anda memilih kasut yang sesuai

Semoga bermanfaat untuk anda. Selamat mencuba.

Cara Bersihkan Paru-Paru Perkokok

Suami Anda Perokok Tegar? Ramuan Ini Mampu Membersih Paru-Parunya

Perkara Yang Dibolehkan Isteri Minta Cerai

Perkara Yang Membolehkan Seseorang Isteri Minta Cerai