in ,

Memaksa Kanak-Kanak Memakai Tudung Perlu Dikira Sebagai Jenayah – Maryam Lee

Maryam Lee seorang terpelajar, merupakan seorang penulis, penyelidik di Universiti Malaya dan pengarah siri video Dialog Jalanan. Beliau merupakan tulang belakang untuk Projek Dialog. Sila lihat disini. Kebanyakan kenyataan beliau adalah menjurus kepada hal-hal bertentangan dengan kehendak islam.

Di bawah ini adalah kenyataan-kenyataan beliau berkaitan kanak-kanak bertudung.

Memaksa kanak-kanak memakai tudung dikira jenayah
Seeloknya dididik memakai tudung sejak kecil supaya menjadi kebiasaan nanti.

Bagi Maryam memaksa kanak-kanak memakai tudung perlu dikira sebagai jenayah. Beliau juga berharap akan berlaku kebangkitan untuk menentang penindasan tersebut suatu hari nanti, di mana beliau berharap akan turut sama menyertai penentangan itu kelak.

Maryam berkata; “Semakin hari semakin banyak, saya lihat bayi-bayi perempuan dikenakan tudung meliputi kepala kecil mereka. Dan saya tidak bergurau, saya pernah melihat satu daripada mereka berniqab. Saya berasa sedih kerana itu, kamu juga patut turut bersedih sama.”

“Ini amat memilukan. Sepatutnya perbuatan ini dikira sebagai jenayah ke atas kanak-kanak memaksa mereka memakai hijab,” katanya lagi.

Beliau juga meniupkan semangat supaya kaum wanita bangkit menentang hukum kewajipan menutup aurat yang menurutnya adalah merupakan suatu penindasan.

Beliau berkata, “Bagi setiap bayi yang dipaksa mengenakan hijab, saya berdoa agar sepuluh lagi akan bangkit menentangnya satu hari nanti. Bangkitlah menentang penindasan ke atas anda, bayi-bayi saya.”

“Satu hari nanti, apabila kamu membuat keputusan bahawa telah tiba waktunya untuk kaum wanita menentang ‘bullshit’ ini, saya berharap masih lagi hidup untuk turut lawan menentang bersamamu,”

Beliau berkata bahawa sebelum itu beliau pernah mendakwa bahawa dirinya sendiri pernah dipaksa untuk mengenakan hijab dan berisiko diancam secara fizikal oleh ahli keluarganya sendiri sekiranya mendapati beliau tidak berhijab.

Beliau mengeluh, “Saya dipaksa memakai hijab semenjak berusia 9 tahun. Memakainya dan menanggalkannya sepanjang di sekolah menengah tinggi, menjalani hidup dua alam kerana saya tentu bakal menghadapi ancaman fizikal daripada ahli keluarga sendiri sekiranya mereka mendapati saya tidak memakai hijab.”

“Pada usia 25 tahun, sebagai seorang yang telah dewasa, saya masih tidak dapat membuat keputusan berkenaan tubuh badan saya sendiri. Sewaktu hari jadi saya yang ke-25 saya berkata ‘f*ck’ it, ‘f*ck’ society. Saya akan jadi diri saya sendiri dan saya akan berasa gembira,” katanya lagi.

Punah bila ada orang macam ini dan ada pula pengikutnya. Kepada semua yang di luar sana hati-hati. Kerana musuh paling bahaya adalah musuh yang berada dikalangan kita iaitu digelar Musuh Dalam Selimut yang berwatak islam dan sebagainya yang boleh membuatkan kita terpedaya.

Akhir-akhir ini juga terlalu banyak kumpulan-kumpulan yang muncul mendakwa merekalah yang benar. Bagi mereka orang yang terdahulu kebanyakannya adalah salah dan sesat atau jauh terpesong. Kita hendaklah berhati-hati dan berpegang kepada apa yang ibubapa kita ajarkan kita dahulu. Mereka juga mengamalkan islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW dan mereka belajar dengan cara ‘berguru’.

Guru mereka pula telah puluhan tahun belajar dengan ‘berguru’. Tidak seperti sekarang belajar beberapa tahun dan banyak mentelaah menerusi intenet akhirnya mendakwa mereka adalah ulamak.

Sumber: nijamtv

Yuna dan Adam sah bergelar suami isteri

Yuna Sah Bergelar Isteri Kepada Adam Sinclair

TIP Membeli Power Bank Yang Patut Anda Tahu