MEMEY & ABBY ABADY DI ATAS SATU PELAMIN

Memey dan Norman Hakim telah meraikan ulang tahun perkahwinan mereka yang keenam semalam. Dalam melangsungkan upacara meraikan ulang tahun perkahwinan mereka, Memey mempunyai idea yang sangat bagus terutama dalam meneruskan hubungan baik dengan bekas isteri Norman Hakim iaitu Abby Abadi. Berkongsi pelamin dengan Abby Abadi dan pasangan, ketika meraikan ulang tahun perkahwinan yang keenam, semalam adalah idea Memey yang dimaksudkan.

Menurut laporan BH Online, Memey atau nama sebenarnya, Suhaiza Suhaimi, 26, berkata beliau sendiri yang mencadangkan supaya majlis persandingannya sempena sambutan ulang tahun perkahwinan dengan Norman Hakim, diraikan bersama Abby Abadi dan pasangan, Faizal Zakaria. Bagus juga budak Memey ni ya.

“Apabila diusulkan cadangan untuk bersanding semula sempena menyambut ulang tahun perkahwinan kami, saya mahu kak Abby turut sama berada di pelamin dan dimeriahkan dengan kehadiran anak-anak, keluarga serta sahabat handai”.

“Semalam, memberikan makna yang sangat besar dalam hidup saya dan detik indah ini harus dikongsikan bersama anak-anak.

“Perkara yang paling penting apabila keluarga dan anak-anak dapat memahami, selebihnya terpulang kepada mereka di luar sana.

“Apa yang baik diharap dapat dijadikan teladan dan kalau sebaliknya, jadikan ia sebagai sempadan,” katanya kepada BH Online.

Keterujaan jelas terpancar pada wajah anak-anak yang turut sama mengambil bahagian dalam setiap proses bagi menjayakan majlis persandingan berkenaan.

Pada majlis yang berlangsung di Shah Alam itu, kedua-dua pasangan diarak masuk dengan diiringi bacaan selawat oleh anak sulung Norman dan Abby, Mohamed Danish Hakim, 14 tahun.

Keluarga besar itu kelihatan sama cantik sama hebat dengan busana sedondon rekaan Eja Shahril.

Norman, 41 dan Memey berkahwin pada 25 September 2011dan dikurniakan dua cahayamata iaitu Muhammad Darwish Hakim dan Muhammad Dirkhriz Hakim.

Abby 40, pula berkahwin dengan Muhammad Faizal atau Jai Ezzany, 43, pada 14 Ogos 2015.

Bersama Abby, Norman dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Mohamed Danish, Marissa Dania Hakim, 12 dan Maria Danisha Hakim, 9. Pasangan terbabit bercerai pada 2008.

sukaviral

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *