in

Memutihkan Zakar Adalah Kegilaan Terbaru Di Bangkok

Hospital Lelux

Perkhidmatan pemutihan zakar disediakan oleh sebuah klinik di Bangkok. Mereka berjaya menarik lebih kurang 100 pelanggan sebulan. Ia menjadi kegilaan terbaru pengguna media sosial negara ini dan mula mencetuskan kebimbangan komuniti setempat.

Difahamkan perkhidmatan ini dimulakan Hospital Lelux yang terkenal dengan rawatan pemutihan anggota badan sejak enam bulan lalu apabila seorang lelaki mengadu alat sulitnya berwarna terlalu gelap.

Rawatan
Semakin ramai pelanggang datang untuk rawatan. @BH

Pengurus Jabatan Kulit dan Laser hospital terbabit, Bunthita Wattanasiri, berkata rawatan berkenaan menjadi semakin popular selepas itu dengan purata 100 pelanggan sebulan.

Teknologi laser digunakan dalam prosedur pemutihan. Ia menjadi pilihan ramai termasuk pengguna media sosial selepas foto pelanggan yang menjalani rawatan dimuat naik dalam internet.

Prosidur rawatan dan harga
Perkhidmatan yang ditawarkan. @ medicaldepartures

“Kami perlu berhati-hati kerana ia merupakan anggota sensitif pada tubuh,” kata Bunthita sambil menambah, sebahagian besar pelanggan berusia antara 22 hingga 55 tahun.

Sumber: BH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

Comments

Kostum Adi Wira – Mufti Kata HARAM

Nenek 73 Tahun Mengaku Dibayar RM50 Untuk Meniti Atas Jambatan Gantung Yang Rosak