in ,

Menghidu Ketiak Suami Boleh Menghilangkan Tekanan. Sejauh Mana Kebenarannya?

Bunyi tajuk ni macam pelik. Teapi sebenarnya tak pelik pon sebab ada orang sudah membuat kajian bahawa isteri yang tidur dibawah ketiak suami dengan berbantalkan lengan suaminya dapat memberikan kebaikan dan manfaat dari segi kesihatan.

Keratan Akhbar

Tak percaya? Jom baca artikel dibawah ini. Bukan baca sahaja lepas tu buat lah.

Apa istimewanya bau ketiak lelaki? Benarkah bau ketiak lelaki mampu menjadi penawar kepada gejala tekanan yang dialami oleh wanita. Kenyataan ini dikeluarkan oleh Bahagian Biologi Manusia di University Pensyvania beberapa tahun lalu. Menurut laporan Jurnal Biology of Reproduction America kajian dilakukan di sana membuktikan bahawa peluh lelaki membantu kaum wanita menurunkan tekanan dan melancarkan perjalanan haid.

Sebelum ini, bau ketiak lelaki yang sengaja “diproses” daripada lelaki yang tidak memakai deodoran digunakan sebagai bahan ujikaji bagi mencari bukti bahawa hidung wanita boleh “digoda” dengan bau lawan sejenisnya. Dalam uji kaji yang dilakukan, wangian semulajadi itu kemudian disapukan ke atas bibir puluhan wanita berumur 25 dan 45 tahun tanpa memberitahu ia adalah bau peluh lelaki dan hanya diberitahu bahawa mereka sedang menguji satu aroma wangian tersebut.

Siapa yang sanggup menghidu ketiak orang lain jika mengetahuinya.

Enam jam pertama selepas itu, skala mood wanita yang di sapu wangian yang diperbuat daripada peluh ketiak lelaki tersebut diukur. Hasilnya sungguh unik. Selain boleh menceriakan mood, wangian ketiak lelaki ternyata dapat membuatkan wanita menjadi kurang tegang.

Bancian yang di buat ke atas 10 ribu pasangan berkahwin (mengikut sumber kajian) mendapati hanya kira-kira 45% sahaja isteri yang tidur berbantalkan lengan suami sehingga maksima selama 3 tahun selepas mereka berkahwin.

Berapa ramaikah yang tidur berbantalkan lengan suami serta menghidu ketiak suami?

Manakala 21.7% sahaja isteri yang masih tidur berbantalkan lengan suami selepas 10 tahun usia perkahwinan mereka. Tahukah kaum isteri bahawa hormon bau phero yang di keluarkan dari ketiak suami boleh mengaktifkan hormon isteri hingga mereka merasa damai dan tenang? Sebenarnya hampir 65% bau badan suami datang dari celahan ketiak dimana kelenjar phero paling aktif.

Oleh itu para isteri semua, lupakanlah sementara bantal empuk anda. Tidurlah di atas lengan suami hingga ke pagi, pastikan hidung anda berada hampir dengan celahan ketiak suami. Anda akan mendapati diri anda memperolehi pengalaman yang cukup rilex dan tenang. Ia menandakan bahawa bau phero suami anda sedang bertindak balas dengan kelenjar hormon anda. Pengalaman ini hanya perempuan sahaja yang tahu bertapa asyik dan rilek serta tenangnya.

Kalau stress jangan layan gadjet lagi. Seeloknya cium ketiak suami.

Cium ketiak suami juga sebenarnya mampu merawat tekanan. Untunglah Encik Suami sebab boleh rawat tekanan isteri dengan hanya berbekalkan bau ketiak sahaja tanpa modal yang banyak. Modal kena ada sebab nak beli pewangi ketiak. Paling murahpun bedak Antibka yang banyak dijual di Pasaraya Mydin. Bagi isteri-isteri tu apa lagi ciumlah ketiak suami tu banyak-banyak. bukan sahaja menghilangkan tekanan bahkan nanti dapat juga pahala.

FAKTA

Dari kajian itu juga menyatakan isteri yang tidur di atas lengan suami akan tidur lebih lena dan mencapai tahap 7 hingga 8 dalam tahap lena tidur.

Dan peringatan untuk suami, janganlah mencukur ketiak anda hingga licin. Biarkan sedikit atau trim sahaja bulu-bulu itu yang merupakan ejen penyebar bau phero yang disenangi oleh isteri anda. Pastikan ketiak anda sentiasa bersih dan wangi sebelum tidur.

Kepada isteri-isteri semua, eloklah anda semua praktikkan tidur di atas lengan suami anda. Dapat juga menambah kemesraan suami isteri kan? Isteri anda akan lebih manja sekaligus bermanfaat untuk kesihatan mereka.

TIP Memasak Yang Menjimatkan Masa. Surirumah Boleh Cuba!

20 Ejaan Sebenar Makanan Dalam Bahasa Melayu Yang Mungkin Kita Tidak Tahu