in

Isu Mengunyit Atas Motosikal – Remaja Tampil Beri Penjelasan

Remaja Nafi Mengunyit

Kecoh satu Malaysia isu mengunyit atas motosikal oleh dua remaja. Kejadian itu dikatakan berlaku di Sungai Isap, Kuantan, Pahang. Namun akhirnya kedua-dua yang terlibat tampil memberi penjelasan bagi membersihkan nama mereka.

Ini berikutan video mereka tular di laman sosial dan tersebar dimedia cetak termasuk media arus perdana. Keduanya telah tampil menafikan dakwaan itu dan menjelaskan apa sebenarnya yang berlaku.

Remaja terbabit ialah Izzul dan Aliff, kedua-duanya berusia 18 tahun. Mereka adalah sahabat karib sejak dari bangku sekolah lagi.

“Dia peluk saya untuk pujuk supaya jangan menangis’, kata salah seorang daripada mereka tampil memberi penjelasan.

Izzul mengakui bahawa dialah individu yang berada di atas motosikal yang dianggap mengunyit itu dan menegaskan segala dakwaan yang dilemparkan terhadapnya tanpa usul periksa adalah satu fitnah.

“Saya mengaku itu saya tetapi semua itu cuma salah faham dan hanya satu fitnah. Saya harap orang ramai tidak percaya dengan semua dakwaan itu.

fitnah
Gambar Hiasan – Jangan aibkan orang lain sebelum kita sendiri diaibkan

“Sebenarnya, saya sedih sangat-sangat sampai menangis sebab kena masuk belajar jauh dari mak dan ayah. Kena hidup seorang diri, buat semuanya sendiri.

“Saya tidak yakin saya boleh buat semua itu. Saya tidak mahu menangis di depan mak dan ayah sebab saya tak mahu mereka bersedih. Saya mahu mereka gembira saja bila saya masuk belajar nanti.

“Masa itu saya sedih sangat-sangat sampai menangis. Jadi, Aliff pe luk dan pujuk saya supaya tidak menangis supaya kuatkan diri. Aliff bagi kata-kata semangat pada saya. Itulah yang sebenarnya berlaku.

“Ini semua hanya salah faham dan fitnah. Saya berharap semua orang percayakan kami dan sentiasa mendoakan kami agar tidak berlaku perkara yang lebih teruk lagi,” katanya dalam penjelasan yang dikirimkan oleh sumber kepada The Reporter semalam.

Sementara itu, Aliff berkata, dia dan keluarganya menyedari video tersebut telah menjadi viral di media-media sosial sehingga dikecam teruk oleh netizen. Namun telah menjelaskan perkara sebenar kepada keluarganya mengenai apa yang berlaku.

“Ada orang post the video on Facebook and went viral for good couple of hours. My family dapat tahu and asked me immediately. Bila dah cakap apa yang terjadi, diorang tolong settle things up.

Semoga selepas ini, tukang pos kena lebih berhati-hati sebelum menularkan sesuatu perkara yang boleh mengaibkan orang. Ini kerana, apa yang disebarkan itu tidak berhenti di situ saja, bahkan akan mereka ke seluruh negara bahkan mungkin ke negara lain.

PERINGATAN UNTUK DIRI SENDIRI

Sumber: facebook

Written by Admin

Saya lelaki biasa yang ada perlindungan takaful dan insurans. Suka travel seperti orang lain. Pernah naik flight untuk travel seperti Air Asia, Malindo, Malaysia Airlines, Fire Fly, Scoot, Singapore Airlines, Qantas, Thai Airways, British dan sebagainya. Makan juga nasi, KFC, Mc Donalds, Burger Kings. Minat forex tapi tak pandai. Sikit duit dalam simpanan akaun di Maybank, CIMB Bank, Hong Leong Bank dan AmBank. Membeli belah dengan kemudahan AEON Cards.

7 Tanda (Simptom) Anda Terkena Sihir Pemisah Suami Isteri

Kerajaan Pertimbang Bawa Masuk Pekerja Afrika

Kerajaan Pertimbang Bawa Masuk Pekerja Asing Dari Afrika